suria

Penat bagi muka! Bekas suami hilang sabar, cerita perangai Zarina Anjoulie - “Aku tak heran duit kau sesen pun”

Eilyas tampil menjawab mengenai tuntutan beg mewah yang diminta bekas isteri.

BEKAS suami kepada Zarina Anjoulie iaitu Eilyas Azhar meluahkan rasa kesal dengan tindakan aktres itu berkongsi cerita 'dalam kain' mengenai keretakan rumah tangga mereka di Iaman sosial.

Eilyas atau lebih dikenali sebagai Yas berkata tindakan Zarina itu sekadar meraih perhatian masyarakat selain bertujuan mencemarkan maruahnya sebagai suami.

"Alhamdulillah aku dah cerai. Anju nak benda ni viral supaya dia boleh dapat views tinggi. Jom support dia guys, bagi dia perhatian sebab semua orang, anjing, kucing tengah kisah tentang dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Anjoulie bercerai lagi! Minta bekas suami pulangkan telefon, beg Gucci - “Aku bukan sugar mummy kau ya”

"Bunga bukan sekuntum, maruah sajalah yang kena jaga. Maruah diri lagi, famili, anak-anak lagi. Dah cukup kut bersabar, malas dah. Baik fokus diri sendiri. Aku dah banyak bagi muka sampai aku tak ada muka dah, hiduplah kau dengan tenang. Innalillah.

"Aku ceraikan Zarina Anjoulie dengan talak satu sekarang. Mana tahu nanti tiba-tiba dia cakap dia tak tahu ke... hakim nak minta saksi tapi tak ada ke. Eloklah aku selitkan lafaz dekat sini sekali! Tak ada apa dah aku nak cakap," katanya menerusi Instasory pada Isnin.

Eilyas tulis luahan hati menjawab persoalan isterinya di Instagram.

Sebelum itu, Zarina mengesahkan ikatan perkahwinan dengan suami berakhir selepas Eilyas melafazkan cerai itu, baru-baru ini.

Ini merupakan pengumuman penceraian kali kedua dengan Eilyas kerana pada 27 Januari lalu, Zarina pernah memaklumkan perkahwinan mereka sudah berakhir selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Aku diam je, kehidupan sebenar dengan di media sosial lain, semuanya palsu. Biar aku, famili dan Allah saja yang tahu!

EILYAS AZHAR

BEKAS SUAMI ZARINA ANJOULIE

Bagaimanapun, pada 2 Mac lalu, pasangan ini mengambil keputusan rujuk semula sebagai suami isteri.

Dalam pada itu, Eilyas menafikan dakwaan bersikap tidak matang kerana terlalu mudah melafazkan cerai dan hanya mengharapkan duit isteri sepanjang mereka hidup sebagai suami isteri.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Siapa yang cakap aku childish ke apa ke sebab asyik cerai dan sekarang tiba-tiba up (muat naik status di Instagram) macam ni. Sebelum ni ada aku buat benda terkutuk, keji ni?

"Aku diam je, kehidupan sebenar dengan di media sosial lain, semuanya palsu. Biar aku, famili dan Allah saja yang tahu. Ini bukan pertandingan pun siapa betul siapa salah. Siapa menang siapa kalah!

"Jadi tak payah sembang sugar mummy la apa la. Aku kerja ada duit sendiri siap bagi nafkah, tak ada aku heran duit kau sesen pun," katanya.

Pasangan ini bercerai kali kedua.

Menjelaskan mengenai beg mewah jenama Gucci yang dituntut oleh Zarina dalam muat naik sebelum ini, Eilyas memberitahu bekas isterinya itu yang berkeras memaksanya menerima hadiah tersebut.

"Beg tu cerita dia aku tak nak pun. Dia yang sibuk belikan, paksa pakai. Kemudian waktu cerai pertama hari itu aku bagi balik, sikit pun aku tak heran. Aku pulang je baik-baik tak ada bising-bising... bukan aku hamak pun benda ni.

"Kemudian rujuk, dia suruh aku ambil balik beg tu, aku tolak tapi dia duk push suruh ambil siap cakap 'ikhlas'. Itu ikhlas dia untuk kali kedualah untuk beg bodoh ni, kemudian jadi lagi benda ni dia ulang balik. Ingat aku ada masa ke nak layan benda bangang ni?

"Bakar jelah, tak pun jual. Nak sembang hukum dengan aku bab ikhlas pun dia macam tak tahu apa maksud ikhlas. Aku pun dah bagitahu lama dah kalau jadi lagi benda jijik ni aku memang bakar terus," ujarnya.

Eilyas mendirikan rumah tangga dengan Zarina pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Zarina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain