suria

Netizen tak puas hati keluarga Neelofa ‘happy’ dapat sambut raya bersama - “Mereka semua mari dari kayangan ke?”

Video Neelofa dan ahli keluarga saling bermaafan dan berpelukan di pagi raya dikecam netizen.

TAK habis-habis cerita membabitkan keluarga selebriti sensasi, Noor Neelofa Mohd Noor menjadi sasaran kritikan netizen di media sosial.

Kali ini video sambutan Aidilfitri keluarga usahawan itu mencetuskan pertikaian ramai apabila mereka didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang tidak membenarkan ziarah sempena Hari Raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa dan PU Riz bersalah! Keluarga turut dikompaun keseluruhan RM60,000 langgar SOP

Bagaimanapun video yang dipercayai dimuat naik kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor di Instagram pada pagi 1 Syawal lalu dipadam dalam tempoh singkat.

Menerusi video berdurasi 26 saat itu, kelihatan ahli keluarga Neelofa saling bersalaman dan berpelukan di pagi lebaran yang disambut pada Khamis lalu.

Video yang dimuat naik semula oleh pengguna Twitter.

Antara yang kelihatan dalam video itu ialah suami Neelofa, Haris Ismail atau PU Riz; suami Nabila, Engku Emran Engku Zainal Abidin serta anaknya, Engku Aleesya serta ibu dan bapa tiri Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed dan Datuk Abdul Halim Khan Lall Khan.

Rata-rata netizen mempersoalkan sama ada mereka yang kelihatan dalam video tersebut tinggal sebumbung atau tidak.

Meriahnya... kita nak jumpa keluarga yang dekat pun takut. Puak-puak ni siap boleh cium mulut dan laga-laga pipi lagi. Mereka semua mari dari kayangan ke?

NETIZEN

Untuk rekod SOP sambutan Aidilfitri hanya membenarkan individu yang menetap di kediaman yang sama sahaja meraikannya dalam satu rumah serta tidak boleh menerima kunjungan daripada mana-mana tetamu.

"Berturut-turut langgar SOP.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Meriahnya... kita nak jumpa keluarga yang dekat pun takut. Puak-puak ni siap boleh cium mulut dan laga-laga pipi lagi. Mereka semua mari dari kayangan ke?

"Mereka ini duduk rumah panjang ke boleh beraya sekali?" tanya netizen.

Kakak Neelofa, Nabila terlebih dahulu memuat naik video tersebut sebelum memadamkannya dalam masa singkat.

Sebelum ini Neelofa, 32, dan ahli keluarganya dikompaun dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM60,000 atas kesalahan kegagalan mematuhi SOP penganjuran majlis sosial serta melanggar kebenaran untuk merentas negeri.

Bukan itu sahaja Neelofa dan Haris juga sedang disiasat berhubung dakwaan melanggar SOP Covid-19 dengan merentas negeri untuk membeli karpet di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Neelofa dan Haris Ismail, 26, diijabkabulkan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Neelofa, Pu Riz, langgar SOP raya

Artikel Lain