suria

“Dua kali hang buat tahi... famili aku tak akan maafkan!” - Anak Nora bengang individu sebar fitnah di Twitter, niat nak saman terpaksa ditangguh

Anak sulung Nora bengang ibu jadi mangsa fitnah

ANAK sulung kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Mohd Syakir Iman Johan meluahkan rasa marah apabila ibunya sekali lagi difitnah sudah berkahwin di Thailand dengan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Anuar Musa.

Syakir, 28, berkata, dia dan keluarga tidak akan memaafkan individu yang telah menyebarkan khabar angin yang tidak benar tentang ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora nafi sudah nikah di Thailand, dedah terima lamaran tapi bukan menteri

"Siapa dengar (percaya) memang kena bodoh macam tu je. Teruskan sebar fitnah sebab famili aku memang tak maafkan dah dua kali hang buat tahi. Buat malu arwah bapa hang saja," ujarnya.

Luahannya itu menerima komen salah seorang mengikut yang meminta dia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menggunakan akaun @Zack_Rockstar itu.

Fitnah tetap fitnah, moga dia diberi balasan dan pengajaran yang setimpal oleh Allah, Insya-Allah

Mohd Syakir Iman Johan

ANAK NORA ARIFFIN

Bagaimanapun, Syakir berkata, dia terpaksa sabar dahulu berikutan ia tidak sesuai untuk dilakukan ketika negara berdepan masalah Covid-19. "Niat memang nak saman tapi time pandemik ni, kami tak dapat nak saman senang-senang sebab semua ni pakai duit. Jadi terpaksa sabar dulu dengan fitnah yang dilemparkan.



Nora didakwa sudah berkahwin dengan Anuar Musa di selatan Thailand.

"Fitnah tetap fitnah, moga dia diberi balasan dan pengajaran yang setimpal oleh Allah, Insya-Allah" ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Terdahulu, Nora sekali lagi dikhabarkan sudah bernikah dengan Anuar Musa selepas sijil nikah yang didakwa milik mereka tersebar di laman sosial.

Penyanyi Di Persimpangan Delima ini kemudian mendedahkan sudah menerima lamaran seorang lelaki dan akan berkongsi mengenai berita gembira itu dalam masa terdekat.

Nora berkahwin dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung, sementara anak kedua pasangan itu, Muhammad Syakir Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun pada 13 Disember 2019.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain