suria

“Susah betul jadi Lofa, satu per satu netizen cari salah” - Neelofa perjelas tuduhan langgar SOP lagi, 4 orang naik satu kereta

Neelofa jawab dakwaan langgar SOP naik kenderaan bersama peguam.

NAMA Neelofa terus menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial apabila kali ini didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana menaiki kenderaan melebihi had penumpang selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan pada pagi Isnin.

Menjelaskan mengenai salah faham yang timbul, Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia hanya menumpangkan peguamnya iaitu Datuk Ahmad Zahiril Muhaiyar ke bangunan mahkamah yang terletak bersebelahan dengan balai polis.

"Saya ingin menjelaskan tentang gambar peguam saya menaiki kenderaan saya bersama Haris serta pemandu selepas selesai berurusan di Balai Polis Seremban sebentar tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Neelofa keluar masuk balai polis... selesai beri keterangan kes tak pakai ‘face mask’ di IPD Seremban

"Kami hanya menumpangkan beliau daripada balai polis ke mahkamah bersebelahan dengan jarak sekitar 50 meter. Kenderaan peguam saya diletakkan di ruangan parkir mahkamah. Saya dan peguam tidak hadir ke IPD seremban menaiki kenderaan yang sama," katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar.

Terdahulu, Twitter kecoh apabila ada netizen meminta polis menyiasat Neelofa kerana dilihat menaiki kenderaan melebihi had kebenaran tiga orang di dalam sebuah kereta sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pihak polis boleh meneliti semula rakaman CCTV kami menurunkan peguam di perkarangan mahkamah atau daripada luar balai polis!

NEELOFA

SELEBRITI

Kejadian itu dikatakan berlaku selepas Neelofa selesai memberi keterangan berhubung dakwaan tidak memakai pelitup muka semasa di Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis lalu.

Neelofa hadir ke IPD Seremban ditemani suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail, dan peguamnya pada pukul 10.15 pagi.

Sementara itu, Neelofa memaklumkan dia sudah menghubungi IPD Seremban bagi menjelaskan mengenai kekeliruan yang timbul.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bekas pengacara program MeleTOP ini menyarankan agar pihak polis menyemak semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebagai bukti pergerakan kenderaan mereka itu.

"Saya telah menghubungi pihak IPD Seremban dan mereka sedia maklum tentang perkara ini. Saya Haris dan pemandu pulang ke Kuala Lumpur dengan kenderaan kami manakala peguam saya pulang ke kediamannya dengan memandu kenderaannya.

"Pihak polis boleh meneliti semula rakaman CCTV kami menurunkan peguam di perkarangan mahkamah atau daripada luar balai polis.

Neelofa jelaskan mengenai video dan foto yang tular di Twitter.

"Diharapkan ini dapat menjelaskan perkara yang berlaku selain mengelakkan salah faham. Sekian terima kasih," ujarnya.

Sementara itu, rata-rata netizen turut bersimpati apabila selebriti itu sekali lagi menjadi sasaran dan bahan di laman sosial.

"Susah betul jadi Lofa, satu per satu netizen cari salah. Mohon tabah.

"Lepas satu satu Lofa kena. Neelofa langgar SOP salah tapi hina dan maki juga salah," tulis netizen.

Pada pagi Isnin, Neelofa memberitahu dia memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam membantu siasatan berhubung dakwaan melanggar SOP tidak memakai pelitup muka itu.

"Alhamdulillah proses berjalan dengan lancar. Tak banyak yang boleh saya ulas tentang hal ini memandangkan kes masih lagi dalam siasatan.

"Insyaallah jika ada perkembangan, pihak saya ataupun pihak polis akan maklumkan. Terima kasih ya," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain