suria

Awas! Scammer menyamar jadi ibu bapa Mawar Karim minta ‘transfer’ duit - “Jangan percaya WhatsApp daripada parents saya”

Mawar akan ambil tindakan lanjut terhadap individu tidak bertanggungjawab itu.

BEKAS isteri pelakon Fizo Omar, usahawan Mawar Karim mengingatkan mana-mana individu yang mengenali ibu bapanya agar tidak terpedaya dengan taktik sindiket penipuan atau scammer yang menggodam telefon bimbit orang tuanya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mawar, 32, mendedahkan individu yang menyamar sebagai ibu bapanya iaitu Aminuddin dan Faridah akan meminta wang daripada kenalan yang berada dalam senarai WhatsApp mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Karim dituduh cemburu kerana larang bakal isteri Fizo Omar gelar diri mummy atau mama pada anak - “Saya masih waras... tak perlu iri hati”

"Kepada sesiapa yang mengenali kedua ibu bapa saya, Aminuddin dan Faridah, telefon bimbit ayah dan ibu saya kena godam.

"Scammer ada minta yang kononnya berlakon jadi ibu bapa saya, guna nombor telefon mereka untuk minta transfer duit ke akaun scammer.

Perkongsian Mawar di Instagram Story.

"Diharapkan kalian yang kenal ibu bapa saya jangan sesekali percaya pada WhatsApp tersebut dan jangan terpedaya untuk transfer duit," katanya.

Menurut Mawar, dia dan ibu bapanya mengambil serius perkara ini dan akan membuat laporan polis agar tindakan lanjut boleh diambil terhadap individu tidak bertanggungjawab tersebut.

Diharapkan kalian yang kenal ibu bapa saya jangan sesekali percaya pada WhatsApp tersebut dan jangan terpedaya untuk transfer duit.

MAWAR KARIM

USAHAWAN

"Kami memandang serius perkara ini... kami akan buat laporan untuk tindakan lanjut kepada scammer yang tidak bertanggungjawab.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Harap maklum. Kerjasama kalian amat kami hargai," katanya.

Mawar bersama anak tunggalnya, Wan Maryam.

Untuk info, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Fizo atau nama sebenar, Wan Hafizol Wan Omar, 36, pada November 2013 namun disahkan bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain