TINDAKAN Instafamous Ryzal Ibrahim menjadikan pakaian tradisional suku kaum Iban di Sarawak sebagai bahan jenaka mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen di laman sosial. Terkilan dengan tindakan tersebut, penyanyi Nana Sheme yang juga mempunyai darah keturunan Iban menyifatkan tindakan selebriti media sosial itu keterluan dan tidak sensitif. ARTKEL BERKAITAN: Ryzal Duriankimchi dikecam persenda baju tradisional Iban... tergamak samakan dengan kain buruk! - “Saya mohon maaf atas gurauan tidak cerdik” Tegas Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, apa yang dilakukan Ryzal seolah-olah menghina budaya kaum lain yang wujud di Malaysia. Video Ryzal persendakan pakaian tradisional Iban menjadi tular. "Ikutkan saya ini jenis tak suka masuk campur dalam urusan orang lain atau nak cipta kontroversi. Tapi kali ini, saya terpaksa bersuara sebab melibatkan isu budaya. "Tambahan pula, saya memang ada darah keturunan Iban dan individu itu tidak sepatutnya menjadikan pakaian tradisional Iban sebagai bahan jenaka. "Jangan jadikan budaya sebagai bahan jenaka... nak bergurau tu boleh tapi jangan bergurau melibatkan budaya orang lain," kata Nana ketika dihubungi mStar pada Khamis. Ada masa kita beri teguran secara lembut tapi kali ini, terpaksa bertegas. NANA SHEME PENYANYI Sebelum ini, penyanyi lagu Hantu Atau Buaya itu memuat naik status di laman Instagram menegur tindakan seorang Influencer yang mempersendakan pakaian tradisional Iban. "To be honest, lebih rasa dia menghina sebab menggunakan ayat ‘kain buruk’ when describing the Kain Karap. "Bukan nak tambah minyak pada api... izinkan saya menggunakan platform saya untuk menghentikan normalisasi yang menjadikan budaya orang lain sebagai bahan jenaka. Hentikan mentaliti low class ini. "Awak boleh minta maaf tapi kena faham... terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sila hadam dan belajar dari kesilapan," tulisnya di Instagram pada Khamis. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Menerusi video yang tular, Ryzal menyamakan aksesori dan material busana tersebut seperti duit syiling, kain meja, alas TV, kain buruk, langsir, tikar dantali pinggang pengakap. Selepas menerima kecaman yang teruk, Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim kemudian tampil membuat permohonan maaf menerusi laman Instagram miliknya. Nana memuat naik status yang dipercayai ditujukan kepada Ryzal. Dalam pada itu, bekas peserta Big Stage 2020 ini memberitahu dia terpaksa memberi teguran yang tegas kepada Ryzal dan berharap apa yang berlaku dijadikan satu pengajaran. "Ada masa kita beri teguran secara lembut tapi kali ini, terpaksa bertegas. Saya tidak menyerang dia tapi apa yang saya cakap hanya sekadar nasihat, bukan untuk dia sahaja tapi semua orang termasuk diri saya. "Sebagai orang yang berpengaruh tinggi di laman sosial, dia sepatutnya menggunakan platform itu dengan menyebarkan perkara yang positif. "Kalau betul nak cakap fasal pakaian tradisional, jadikan ia education content. Saya harap, apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat semua orang," ujarnya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!