suria

Komen ‘uga uga’ di IG Yonnyboii disangka sindir budaya Sarawak... Zynakal mohon maaf - “Saya tak tahu fasal isu pakaian Iban tengah panas”

Komen yang ditinggalkan Zyn di Instagram Yonnyboii dikecam netizen.

SELEPAS empat hari mendiamkan diri, penyanyi rap Zynakal akhirnya tampil memohon maaf atas komen yang ditinggalkan di Instagram penyanyi Yonnyboii yang dilihat seperti menyindir pakaian tradisional salah satu etnik di Sarawak.

Akui kesilapannya, Zyn atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli bagaimanapun berkata dia tidak mempunyai sebarang niat untuk mempersendakan budaya orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Selepas persendakan busana tradisi Iban, Ryzal Duriankimchi akui tak paksa untuk dimaafkan... cuma ada satu permintaan

Menurut penyanyi berusia 22 tahun, komen yang ditinggalkan itu sekadar ingin bergurau dengan rakannya dan tidak menyangka ia dikaitkan kontroversi sindiran kaum Iban oleh personaliti media sosial, Ryzal DurianKimchi.



Zyn turut memuat naik permohonan maaf di Instagram.

"Saya memang tiada niat langsung nak persendakan pakaian atau budaya orang Sarawak. Saya hanya ingin bergurau dengan Yonny tapi bukan melibatkan pakaian itu.

"Ketika itu, saya tak tahu pula isu seorang Instafamous persendakan pakaian kaum Iban tengah panas. Kebetulan bila saya tinggalkan komen itu, saya terkena tempias isu tersebut.

"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf jika komen itu menggores hati semua pihak," kata Zyn ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Sebelum ini, Zynakal dikecam netizen selepas meninggalkan komen seperti menyindir budaya dan adat orang Sawarawak pada hantaran terbaharu rakannya yang juga penyanyi rap terkenal, Yonnyboii.

Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati untuk tinggalkan komen.

ZYNAKAL

PENYANYI RAP

Menerusi hantaran tersebut, Yonnyboii berkongsi foto lamanya yang lengkap memakai baju tradisional salah satu etnik di Sarawak.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Rata-rata netizen menyifatkan komen 'Uga Uga' yang ditulis Zyn itu sebagai sindiran yang merujuk kepada mereka yang hidup pada era dahulu kala lazimnya dikaitkan dengan istilah orang zaman batu.

Dalam pada itu, penyanyi Sakit ini mengakui dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dan akan lebih berhati-hati dalam setiap komen yang ditinggalkan.



Zyn akui serik meninggalkan komen sebegitu.

"Memang saya serik untuk tinggalkan komen sebegitu walaupun bukan niat nak persendakan adat atau budaya orang lain. Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati untuk tinggalkan komen.

"Alhamdulillah, kali ini keadaan saya okay saja bila dikecam netizen," ujarnya.

Untuk maklumat, Sebelum ini Ryzal DurianKimchi tampil membuat permohonan maaf dalam Instagramnya selepas mengakui bergurau mengenai pakaian tradisi kaum Iban yang disamakan seperti kain buruk.

Isu tersebut turut mendapat perhatian dua persatuan kebudayan dan kesenian masyarakat Iban di Sibu, Sarawak yang bertindak membuat laporan polis.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain