suria

Hidup Zarina Anjoulie jadi kucar-kacir, dakwa bekas suami ugut sebar foto aib - “Sepanjang berkahwin dia suka ambil gambar”

Zarina membuat dua laporan polis terhadap Eilyas.

EPISOD perbalahan selepas bercerai membabitkan Zarina Anjoulie bagaikan tidak berkesudahan apabila kini pelakon itu mendakwa diugut bekas suami, Eilyas Azhar.

Enggan membiarkan hidupnya terus diganggu, Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, tampil membuat laporan polis kedua terhadap lelaki itu.

Kali pertama laporan polis dibuat pada bulan lalu selepas Eilyas didakwa menceroboh rumahnya hanya untuk merakam foto aib.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami Zarina Anjoulie terkejut dituduh kaki ugut buka aib - "Dia buat IG live ternampak lutut dan paha sikit pun, saya akan tutupkan aurat"

"Ikutkan saya memang nak move on dengan apa yang berlaku dan tak mahu lagi menyebut nama dia. Sebab saya pun memikirkan perasaan bekas ibu dan bapa mentua saya.

"Tapi sejak akhir-akhirnya, banyak ugutan yang saya terima daripada dia. Pada mulanya, memang saya nak berdiam diri sahaja tapi kali ini sudah melampau. Bukan niat saya nak buka aib dia.



Zarina memuat naik laporan polis namun memadamnya selepas beberapa minit dikongsikan di IG.

"Tapi macam-macam ugutan yang saya terima. Bulan lalu, saya sudah membuat laporan polis terhadap dia yang menceroboh rumah saya dengan memanjat demi mengambil gambar aib saya.

"Malam tadi pun saya ada buat laporan polis kali kedua selepas terima lagi ugutan. Sepanjang setahun kami berkahwin, dia suka ambil gambar aib saya dan jadikan bahan untuk ugut saya setiap hari," katanya kepada mStar pada Ahad.

Pada Sabtu malam, Zarina memuat naik foto dia berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan.

Turut dikongsikan tangkap layar bukti laporan polis yang dibuatnya sebelum bertindak memadamnya selepas beberapa minit dikongsikan.

Orang asyik fikir saya buat sesuatu yang teruk sampai kena cerai macam itu.

ZARINA ANJOULIE

PELAKON

Menerusi laporan mStar pada 3 Mei lalu, Zarina mengesahkan dia sudah bercerai dengan Eilyas selepas rujuk buat kali pertama pada 2 awal Mac lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ia merupakan pengumuman penceraian kali kedua dengan Eilyas kerana pada 27 Januari lalu, Zarina pernah memaklumkan perkahwinan mereka sudah berakhir selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Susulan pendedahan Zarina di Instagram, Eilyas atau Yas tampil meluahkan rasa kesal dengan tindakan aktres itu berkongsi cerita 'dalam kain' mengenai keretakan rumah tangga mereka di Iaman sosial.

Dalam pada itu, Zarina mengakui dia terpaksa berkongsi beberapa bukti di Instagram untuk mempertahankan dirinya selepas difitnah oleh bekas suaminya.

"Bila dia mula memfitnah saya... saya terpaksa tampil mempertahankan diri. Sebabkan dia, satu Malaysia serang saya tanya apa yang saya buat sampai kena cerai melalui Instastory.



Zarina dan Eilyas cerai kali kedua pada awal Mei lalu.

"Orang asyik fikir saya buat sesuatu yang teruk sampai kena cerai macam itu. Kalau orang normal dan waras, takkan ceraikan isteri di Instastory la.

"Kali ini, saya terpaksa kongsi beberapa bukti untuk pertahankan diri saya. Selama ini dia rasa saya takut sebab dia boleh ugut dengan gambar-gambar aib saya.

"Tapi dia silap, saya tak takut pun dengan dia! Kalau betul saya fitnah, kenapa dia tak buat laporan polis? Dan kenapa dia diam apabila saya keluarkan bukti?" ujarnya.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Zarina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Sementara itu, pihak mStar akan cuba mendapatkan penjelasan Eilyas Azhar mengenai tuduhan Zarina ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain