suria

Dipersoalkan dapat vaksin awal, Nabila Huda tergores hati difitnah jadi ‘kayangan’ - “Jangan buat ex-Covid ni seperti bekas banduan!”

Nabila Huda tampil menjelaskan isu terima vaksin awal.

DIKECAM mengambil vaksin sebelum tempoh tiga bulan bebas Covid-19, pelakon Nabila Huda tampil menjelaskan tindakan itu dilakukan selepas mendapat persetujuan doktor.

Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 37, berkata, dia juga tidak merahsiakan tentang tahap kesihatannya kepada doktor ketika hadir temu janji untuk mendapatkan vaksin pada Selasa.

“Saya pergi ikut tarikh ditetapkan dan tak potong queue pun. Saya jujur bagi tahu doktor status saya dan dia proceed ke bilik yang nak ambil AZ vaksin.

ARTIKEL BERKAITAN:Bertuahnya jadi Sharifah Rose... dapat masuk kelas ‘free’ - “Abil memang akan pilih siapa yang akan join”Bertuahnya jadi Sharifah Rose... dapat masuk kelas ‘free’ - “Abil memang akan pilih siapa yang akan join”

“Kalau doktor kata tak boleh, takkan nak paksa doktor cucuk, ” ujarnya kepada mStar pada Rabu.

Sebelum ini, tindakan Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkongsi pengalamannya mengambil vaksin dipersoalkan netizen berikutan dia baharu sahaja disahkan bebas jangkitan wabak itu pada 20 Mei lalu.

Penjelasan Nabila Huda menerusi posting di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, pelakon filem Munafik turut meluahkan rasa kesal dengan komen negatif netizen yang sanggup memaki hamun dan menuduh dirinya golongan ‘kayangan’.

“Ada yang DM kata saya guna cable sebab golongan kayangan, selfish la, sebab artis la, call orang nak cepatkan vaksin dan pelbagai fitnah yang menggores hati saya.

Saya pergi ikut tarikh ditetapkan dan tak potong que pun. Saya jujur bagi tahu doktor status saya dan dia proceed ke bilik yang nak ambil AZ vaksin.

NABILA HUDA

PELAKON

“Sampai saya rasa bersalah sedangkan tak salah apa-apa pun. Tak habis-habis komen ex-covid tak payah, ex-covid itu, ex-covid kena bagi peluang kepada yang tak pernah positif, ex-covid ada immune tiga bulan la.

“Janganlah buat ex-covid ni macam bekas banduan. Macam kami tak layak dapat vaksin awal. Kalau dah tertulis, Alhamdulillah... tak salah bersyukur sama-sama, ” ujarnya

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, tujuan Nabila berkata, dia berkongsi pengalamannya menerima vaksin adalah untuk memberi pendedahan awal kepada bekas pesakit covid untuk turut sama menerima vaksin mengikut tarikh yang ditetapkan.

Sebelum ini Nabila Huda disahkan positif covid-19 dan menjalani kuaranin kendiri di rumah.

"Nasib baik Abil buat keputusan untuk pergi je ikut tarikh ditetapakan dan jumpa doktor sendiri dan bagitahu Abil bekas pesakit Covid dan tengok lepas ke tak. Alhamdulillah lepas.

"Kalau Abil tak pergi, mungkin takde awareness untuk bagi harapan to ex covid yang fikir kena vaccine lagi berbulan-bulan," ujarnya.

Pada 12 Mei lalu, pelakon Nabila Huda disahkan positif covid-19 dan menjalankan kuarantin kendiri selama 10 hari di rumah.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain