PENGADU sangat melampau! Demikian luahan penyanyi Lan Solo apabila sekali lagi dikompaun pihak berkuasa atas dakwaan perniagaan kedai runcitnya menyalahi undang-undang. Menurut Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengeluarkan saman berikutan kontena yang menghantar stok barangan ke premis perniagaannya menghalang lalu lintas. "Saya sangat kecewa dan kesal saya terhadap pengadu dan tindakan pihak berkuasa. ARTIKEL BERKAITAN: Kedai runcit Lan Solo dirompak, penjenayah paksa pekerja serah wang jualan - “Lelaki itu scam kata kami ada beli barang sebelum ugut staf” "Kalau ikutkan dah lebih dua atau tiga kali saya kena saman hanya disebabkan ada orang mengadu," katanya kepada mStar. Bagaimanapun dia enggan mendedahkan jumlah saman yang dikenakan atas kesalahan berkenaan. Lan Solo memuat naik perkongsian di laman Instagram miliknya. Terdahulu Lan turut berkongsi kekecewaannya di Instagram apabila terus menerus menjadi mangsa dengki orang sekeliling apabila premis perniagaannya di Puchong, Selangor didatangi MBSJ pada pagi Selasa. Lan bersama isterinya iaitu Nur Sheila Hassim menjalankan perniagaan runcit dan makanan dari Sabah serta Sarawak iaitu Lan Solo Borneo Mart di Taman Puchong Prima sejak 2019. Menjelaskan tentang apa yang berlaku, bekas vokalis kumpulan Kristal itu berkata isu punggahan barang jualan dalam kuantiti yang besar sememangnya memerlukan masa yang lama. "Sebenarnya kontena yang bawa barang tu datang awal iaitu kira-kira pukul 7 pagi... masa tu terlalu awal. Sekeliling kedai saya tak ada pun orang berniaga barangan yang sama macam saya... sepatutnya tak ada isu. LAN SOLO PENYANYI "Saya ikut SOP iaitu hanya boleh buka kedai pukul 8 pagi. Jadi saya dan pekerja hanya boleh mulakan kerja pindahkan barang ke dalam kedai pada waktu itu. "Barang kat dalam kontena tu pula banyak, tak boleh nak selesaikan dalam masa yang singkat... ambil masa berjam-jam," katanya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Dalam pada itu Lan berharap agar pengadu yang tidak berpuas hati dengan bisnesnya agar bersemuka dan berbincang sekiranya wujud unsur-unsur yang menimbulkan salah faham. "Saya pun tak pandai nak menuduh orang. Tapi di sekeliling kedai saya tak ada pun orang berniaga barangan yang sama macam saya... sepatutnya tak ada isu. "Janganlah cuba mengada-adakan cerita sehingga menjejaskan periuk nasi orang! Lan dan isterinya mengusahakan kedai runcit sejak tahun 2019. "Kalau ada rasa tak puas hati, datang kepada saya dan kalau marah kepada saya kita selesaikan dengan cara berhemah," ujarnya. Tambah Lan, lebih mengecewakan apabila tindakan saman itu dikenakan ketika semua peniaga termasuk dia sendiri berdepan kesukaran akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Sudah la tak ada show sepanjang PKP, jadi inilah satu-satunya mata pencarian saya nak sara keluarga. "Saya hanya berharap pihak berkuasa lebih bertimbang rasa, kalau nampak kesalahan mungkin boleh tegur dulu... jangan la terus berikan kompaun. "Sekarang ni semua orang tengah struggle nak cari duit, mungkin boleh bertimbang rasa sikit," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO! View this post on Instagram A post shared by LAN SOLO • KRISTALx (@lansolo_official)