suria

[VIDEO] Berdosa hina Elizad mandul! PU Azman tegur sikap buruk suka jaga tepi kain - “Tak wajar sentuh kehidupan orang”

PENGHINAAN terbuka yang diterima pelakon Elizad Sharafuddin apabila dituduh mandul kerana masih belum dikurniakan zuriat mengundang rasa simpati dan kurang senang rakan selebriti termasuk pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) PU Azman.

Menurut PU Azman atau Azman Syah Alias, 40, perbuatan berkenaan dianggap berdosa apabila kerana ia jelas bersifat penghinaan.

"Aneh apabila orang yang tidak ada kaitan mencampuri soal hidup orang lain. Kalau beri nasihat tak apa, ni bagi kecaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi bela Elizad, sering nampak solat di set penggambaran - “Selalu nampak dia ambil wuduk, bentang sejadah”

"Jadi sudah pasti sebarang kecaman yang bersifat penghinaan adalah jenayah akhlak dan merupakan satu dosa," katanya kepada mStar.

Elizad membuat laporan polis pada malam Rabu.

Pada Rabu, Elizad membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akuan Facebook yang menghinanya kerana mempunyai masalah gangguan kesuburan.

Menurut Elizad dia cukup terkesan apabila dituduh sebagai mandul hanya kerana usahanya untuk mendapatkan zuriat belum dimakbulkan.

Jadi sudah pasti sebarang kecaman yang bersifat penghinaan adalah jenayah akhlak dan merupakan satu dosa.

PU AZMAN

PENDAKWAH BEBAS

Dalam pada itu PU Azman yang juga pelakon drama Bujang Tampan Selamba yang disiarkan pada setiap Rabu di TV9 berkata sebagai manusia kita tidak seharusnya mencampuri urusan orang lain lebih-lebih lagi membabitkan hal peribadi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sebagai seorang manusia sepatutnya dia tahu tanggungjawab. Kita tidak sewajarnya menyentuh kehidupan orang lain jika tidak diberikan kuasa atau hak untuk itu.



Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

"Ia satu sistem kehidupan manusia yang normal melainkan dia sendiri tiada kehidupan untuk diurus.

"Jadi kita mengharapkan Elizad terus bersabar dan membina kekuatan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain