suria

Aktiviti lucah ‘streamer’ terbongkar! Yana Samsudin tak diam diri - “Dia siap kata nak ganggu secara fizikal”

Yana Samsudin tampil membuat laporan Polis berhubung isu streamer lakukan gangguan seksual.

MELAMPAU! Bengang dengan tindakan seorang pemain e-sport atau ‘streamer’, pelakon Yana Samsuddin mengambil tindakan tegas dengan membuat laporan polis terhadap seorang individu pada Khamis.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 37, mendakwa streamer lelaki itu melakukan gangguan seksual kepada seorang gamer perempuan yang masih berusia belasan tahun.

Ujar Yana, sebagai individu yang aktif dalam komuniti e-Sport, dia bertanggungjawab untuk menjaga ketenteraman kumpulan itu ketika bermain.

ARTIKEL BERKAITAN: Yana Samsudin terhibur tengok suami sibuk uruskan dua anak - “Dulu tak cukup tidur, sekarang tak cukup tangan”

"Saya tak pernah alami pengalaman macam ni tapi sebagai streamer saya tampil buat laporan polis agar isu ini tidak berterusan.

"Ada seorang budak ni ketika stream dia menggunakan kata-kata yang tidak baik, mencarut kepada pemain lain terutamanya perempuan.

SAKON
Paparan skrin streamer yang didakwa melakukan gangguan seksual.

"Apabila saya tengok rakaman tu, rasa geram sebab dia siap kata nak ganggu secara fizikal. Saya lantang sikit kalau bab ni," ujarnya kepada mStar.

Yana membuat laporan di Ibu Pejabat Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, pada Khamis.

Menurut pelakon Bini-Biniku Gangster ini, juga mengingatkan agar gamers mempunyai tanggungjawab dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Apabila saya tengok rakaman tu, rasa geram sebab dia siap kata nak ganggu secara fizikal

YANA SAMSUDIN

PELAKON

Kata Yana, perkara tidak bermoral itu bukanlah pertama kali dilakukan individu tersebut, malah lebih parah apabila dia turut mempunyai pengikut yang menyokong perbuatannya.

"Nak jadi streamer kena ada rules kalau nak buat apa-apa page tak boleh mengandungi isu-isu sensitif, saya tak faham kenapa dia ni keep buat content begitu dan ada orang support.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Apabila jadi macam ni kita sepatutnya selalu educate orang dan saya rasa terpanggil untuk buat sesuatu.

"Nak jadi streamer tak salah tapi kena datang dengan tindakan yang betul, kena ada ilmu dan pentingnya komuniti yang positif,” ujarnya.

Yana yang berkecimpung dalam dunia e-Sport sejak dua tahun lalu berkata, dia perlu mengambil tindakan tegas agar pemain lain tidak menerima kesan negatif.

YANA S
Yana Samsudin mula aktif menjadi streamer sejak tahun 2019.

Dia juga mengingatkan pemain lain agar menunjukkan contoh yang baik dan menjadikan platform ini sebagai sumber rezeki.

"Platform ni boleh menjamin masa depan, ramai lagi boleh sertai tak kira siapa pun.

"Apabila tahu nak cari duit bukan itu cara dia, kita nak lindungi streamer, tak nak orang cop streamer ni tak ada attitude,” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain