suria

“Kenapa perlu diam apabila orang sakitkan kami?” - Adik Benjy sengaja dedah sandiwara Norish Karman, tak sedia maaf guna media

Elza kecewa dan marah dengan perlakuan dan campur tangan pelakon Norish Karman.

PERASAAN kecewa dan marah dengan perlakuan dan campur tangan pelakon Norish Karman tentang kebajikan Allahyarham Benjy masih berbekas hingga sukar untuk mengungkapkan kata-kata maaf.

Ujar adik arwah Benjy iaitu Elza Irdalynna Khairil Anwar, 34, tidak semudah itu untuk dia sekeluarga melupakan tindakan Norish yang dianggap melampaui batas.

"Nak maafkan? Macam mana nak maaf kalau dia sendiri tak berhubung dengan kami untuk buat demikian. Kata-kata maaf dia tu hanya di media.

ARTIKEL BERKAITAN: Norish Karman mengaku hantar mesej kepada adik Benjy, persoal kebajikan arwah - “Kalau rasa soalan saya mengarut... boleh abaikan”

"Kalau dia boleh DM (mesej langsung) mengutuk keluarga saya, kenapa nak minta maaf tak boleh DM?

"Jadi saya rasa kata-kata maaf dia hanyalah PR strategi dan sandiwara semata-mata, hanya untuk menarik publisiti dan likes," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

elza
Perkongsian Elza di Twitter miliknya.

Menerusi laporan mStar pada Rabu, Norish atau nama sebenarnya Nor'Ashikin Karman berkata dia memohon maaf kepada keluarga Benjy jika mesej yang dihantar kepada mereka di Instagram dianggap kasar selain bukan pada masanya.

Bagaimanapun Norish mempertahankan tindakan itu kerana menurutnya dia sekadar bertanya untuk mendapatkan kepastian berhubung isu kebajikan Benjy yang didakwa diabaikan keluarga arwah sendiri.

Dalam pada itu Elza berkata dia juga mempunyai hak untuk mendedahkan kepada umum tentang sikap sebenar Norish yang jelas berbeza dengan apa yang ditonjolkan di platform media sosialnya.

Saya kongsikan untuk tunjuk bahawa di depan orang dia bersedih, tapi di belakang tirai dia mengutuk kami.

ELZA IRDALYNNA

ADIK ARWAH BENJY

Menurut Elza perkongsian paparan skrin mesej daripada Norish jelas menunjukkan aktres berkenaan mempunyai agenda tertentu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya kongsikan untuk tunjuk bahawa di depan orang dia bersedih, tapi di belakang tirai dia mengutuk kami.

"Dia kata juga masa yang dia hantar mesej itu tak sesuai... ya memang tak sesuai! Abang aku baru sehari kot masuk kubur!

ELZABEN
Elza berkongsi foto kenangan bersama arwah Bendy dan ibu ketika hayat mereka.

"Oleh kerana dia dah mulakan, maka kami sambutlah. Kami bongkarkan dia sebenarnya hipokrit.

"Selain itu kenapa kami perlu diam apabila orang sakitkan kami, saya nak lindungi dia untuk apa? Lagi pun kami tak reti kutuk belakang, kami lawan depan-depan," katanya.

Pada 11 Julai lalu, Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit asma pada usia 43 tahun di Hospital Besar Royal Prima di Medan, Indonesia pada kira-kira pukul 11 pagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain