suria

[VIDEO] Caprice buka mulut dakwaan tepis, tolak pelukan Ebit Lew... netizen mula ‘buat kerja’ ulang kali tengok video cari kebenaran

PENJELASAN dan jawapan panjang lebar Ebit Lew tentang kontroversi yang dicetuskan Caprice akhirnya mengundang reaksi ringkas daripada penyanyi rap berkenaan.

Caprice atau Ariz Ramli, 33, memilih untuk memberi respons terhadap dakwaan pendakwah popular tersebut berhubung pertemuan mereka di Gaza, Palestin.

"Kalau benda kecil pun boleh tipu, apa lagi benda besar.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Caprice ‘trigger’ Ebit Lew tentang arwah bapa punca kena block IG - “Saya ambil telefon tu... saya lontar ke tepi”

"InsyaAllah peguam saya sudah mengarahkan supaya tidak menjelaskan satu persatu," katanya menerusi posting di Instastory.

Pada status berkenaan Caprice berkongsi paparan skrin mesej langsung (DM) yang dihantar salah seorang pengikutnya di Instagram.

cAPRICE 2

Caprice pernah berkongsi video pertemuannya dengan Ebit Lew bertarikh 1 Julai lalu.

Ia berhubung video pertemuan antara Caprice dan Ebit yang dilihat berlangsung dalam suasana baik dan mesra.

"Saya tonton video ini berulang kali, saya tak nampak anda menolak atau menepis pelukan seperti yang didakwa ustaz Ebit Lewl," tulis netizen berkenaan.

Terdahulu menerusi sidang video yang dibuat secara langsung di media sosial, Ebit berkata seperti ada yang tidak kena di hujung pertemuannya dengan Caprice.

"Saya ajak makan tiba-tiba dia kata tak nak makan, saya dah hairan. Dia nak salam saya, dia suruh saya doa.

"Saya salam macam biasa seperti sebelum ini. Apabila peluk tu dia macam dah lain sikit dah, macam dia tolak sikit.

"Saya tepuk dada dia, tiba-tiba dia tepis tangan saya," demikian cerita Ebit pada sesi berkenaan.

Kalau saya perlu pertahankan diri di mahkamah, saya akan lakukan dengan bimbingan daripada Allah.

CAPRICE

PENYANYI RAP

Sementara itu, menerusi satu posting lain, penyanyi lagu Takda Hal Bro ini berkata, dia tidak akan pernah menipu atau menyebarkan fitnah apabila melibatkan agama dan umat Islam.

Caprice sekali lagi memohon maaf jika tindakannya sebelum ini melukai mana-mana pihak dan bersedia untuk mempertahankan diri di mahkamah.

"Sebagai individu, saya banyak buat dosa dan banyak lagi kena belajar tentang agama. Tapi saya harap anda tahu yang saya tak akan pernah menipu atau sebar fitnah apabila ia melibatkan kemajuan Islam dan umat Islam.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya minta maaf dengan cara saya waktu terlalu emosi tetapi selama ni kita memang bagi sokongan 300 peratus kepada Tuan Nadir di Gaza dan Ebit Lew. Pekara yang kita tahu, Insya-Allah kalau bukan di dunia, kita jumpa di sana.

"Lagi sekali saya minta maaf sekiranya anda terluka, saya tidak berharap untuk teruskan debat ini. Saya harap dapat bersatu dan capai sasaran untuk ketenangan di Palestin.

Caprice 1

Caprice memuat naik status baru di Instagram selepas pendedahan Ebit Lew di IG Live.

"Kalau saya perlu pertahankan diri di mahkamah, saya akan lakukan dengan bimbingan daripada Allah. Terima kasih," tulisnya.

Pada Jumaat minggu lalu, Caprice membuat pendedahan dan meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Ebit yang dikatakan telah menimbulkan kemarahan rakyat Palestin.

Caprice turut membuat beberapa tuduhan dan merancang untuk membongkarkan perkara yang sebenarnya terjadi di Gaza.

Bagaimanapun Ebit pada Rabu, membuat satu laporan polis, sekaligus menyebabkan Caprice membatalkan sesi Instagram live yang sepatutnya berlangsung pada hari yang sama.

Dalam pada itu, Caprice masih meneruskan perjuangan di Palestin ini berdoa untuk Ebit Lew serta kumpulannya biarpun misi mereka ke Gaza sangat berbeza.

"Saya doa untuk Ebit Lew dan team Ebit Lew, walaupun misi kita ke Gaza sangat berbeza, kalau kita tak boleh berdamai antara kita, apa lagi di Palestin?

"Selama kita berada di sini, saya masih rujuk kepada Ulama dan berapa ustaz tentang perjalanan saya di sini dan Alhamdulillah, walaupun semua tegur cara saya, tetap minta saya teruskan dengan misi dan pejuang kita," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain