suria

Akhirnya Caprice kongsi video penuh, tak nampak elemen tepis... tolak tangan Ebit Lew

Caprice turut meninggalkan komen menjelaskan tentang masa pertemuan dengan Ebit Lew diadakan.

SEJAK pendedahan dan penjelasan personaliti dakwah Ebit Lew berhubung kisah yang berlaku sewaktu menyertai misi kemanusiaan ke Gaza, masih berlegar-legar persoalan tentang cerita di sebalik cerita berhubung pertemuannya dengan Caprice ketika di sana.

Paling menarik perhatian ialah tentang dakwaan kononnya penyanyi rap berkenaan menunjukkan reaksi yang dianggap sedikit berbeza dan janggal.

Seperti yang diungkapkan Ebit pada sesi sidang video di media sosial pada Khamis, dia merasakan seolah-olah Caprice menolak dan menepis tangannya ketika mereka bersalaman dan berpelukan ketika di hujung pertemuan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Caprice buka mulut dakwaan tepis, tolak pelukan Ebit Lew... netizen mula ‘buat kerja’ ulang kali tengok video cari kebenaran

Susulan itu orang ramai termasuk mStar sendiri menyemak semula video yang pernah dikongsikan Caprice di Instagram pada 1 Julai lalu.

TONTON VIDEO PENDEDAHAN EBIT LEW!

Hasil pemerhatian pada video yang disunting itu tidak kelihatan sebarang reaksi janggal di pihak Caprice seperti yang diceritakan Ebit.

Malah mStar sendiri turut menghubungi Caprice menerusi Instagram bagi bertanyakan sambungan video yang dikongsikannya itu, namun pertanyaan itu tidak dijawab.

Sabar eh... lama-lama kat sini.

EBIT LEW

PENDAKWAH

Bagaimanapun pada pagi Jumaat, Caprice sendiri berkongsi video berdurasi 29 saat di Instastory.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menerusi video berkenaan kelihatan Ebit sedang memimpin bacaan doa sebelum kedua-duanya bersalaman dan bepelukkan dalam suasana yang baik.

Jelas kelihatan Ebit turut mengusap di bahagian dada Caprice sambil berkata: "Sabar eh... lama-lama kat sini".

WhatsApp Image 2021-07-22 at 7.26.32 PM (1)

Reaksi Caprice berhubung isu tepis dan tolak pelukan Ebit Lew.

Malah ketika mereka berpelukan, Caprice turut berulang kali mengucapkan terima kasih kepada Ebit.

Sementara itu pada posting di Instagram mStar berhubung berita mengenai kisah di sebalik pelukan berkenaan, Caprice ada meninggalkan komen kepada salah seorang netizen.

"Ni masa nak balik, bijak," tulisnya ringkas.

Jawapan Caprice itu menunjukkan video berkenaan adalah situasi sama seperti yang diceritakan Ebit bahawa pertemuan antara mereka berlaku sebelum pendakwah kesayangan ramai itu pulang ke Malaysia.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PENDEDAHAN EBIT LEW!

Artikel Lain