suria

Michael Ang kena ‘warning’ dengan suami Lana Nodin ketika buat IG live... sedia bersemuka tapi bersyarat - “Pastikan mereka vaksin dulu”

Michael Ang bidas kenyataan Lana Nodin yang menghentam Dr Noor Hisham.

PENGARAH Michael Ang memberitahu dia menerima amaran daripada suami pelakon Lana Nodin iaitu David Mckienzie berhubung kelantangannya membidas pendapat aktres itu yang mempertikaikan kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut Michael, 45, dia bersedia untuk bersemuka bagi menyelesaikan perkelahian mereka namun meminta pasangan itu mendapatkan vaksin Covid-19 terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ini punca Lana Nodin tak puas hati dengan Dr Noor Hisham... Lama duduk rumah tapi kes tak turun - “Dia sendiri dalam pejabat pun tak pakai mask”

"Sebenarnya saya tak nak bagi komen selanjutnya sebab suami dia dah bagi amaran... dia masuk dalam sesi IG live saya dan tinggalkan komen macam itu.

"Saya memang terbuka nak jumpa mereka tapi pastikan mereka vaksin dulu... sebab saya memang tak nak berjumpa atau bekerjasama dengan mana-mana orang yang tidak ambil vaksin, itu pendirian saya.

"Saya tak kisah sebenarnya kalau dia anti vaksin, itu hak dia... yang saya marah bila dia kata muka penat DG Hisham selama ini hanyalah lakonan, itu adalah satu kebodohan (Lana).

"Dia tak nampak ke pengorbanan frontliner ini semua yang expose diri mereka kepada Covid semata-mata untuk selamatkan orang!" katanya ketika dihubungi mStar.

WhatsApp Image 2021-07-27 at 13.13.01 (1)

Perkongsian Lana di Instastory.

Terdahulu, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nordin, 41, memuat naik satu entri di Instastory menempelak Michael yang dikatakan telah masuk campur di atas kenyataannya berkaitan Dr. Noor Hisham.

"Aku dah agak dah dia ni semua isu dia nak kupas. Jangan sampai laki mat saleh aku lempang mulut kau tu!," tulis Lana.

Menurut Michael, dia tidak ambil kisah langsung mengenai segala kata-kata hinaan yang dilemparkan pada Lana terhadap dirinya kerana enggan melayani rentak artis itu yang disifatkannya sama seperti netizen lain.

Saya marah bila dia kata muka penat DG Hisham selama ini hanyalah lakonan, itu adalah satu kebodohan.

MICHAEL ANG

PENGARAH

"Kata-kata yang dia kata pada saya itu sama seperti netizen-netizen lain yang pernah cakap pada saya kalau ada isu yang mereka tak puas hati dengan pandangan saya.

"Dia kata saya kafir, lebih baik tak payah masuk Islam... semua benda itu netizen dah pernah cakap macam itu pada saya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Jadi perlu ke saya melayan orang yang tidak berotak seperti itu?" ulasnya.

Pengarah drama Love Elsa ini turut berpesan kepada golongan selebriti, seharusnya dengan pengaruh yang mereka ada ia harus digunakan untuk menyebarkan perkara-perkara yang positif serta bermanfaat.

mike1

Perkongsian Michael di Instagramnya.

"Dalam keadaan sekarang ini, dia boleh gunakan pengaruh dia sebagai selebriti untuk suruh rakyat bersatu atau tulis benda-benda positif. Bukan kau pergi tulis benda yang menakut-nakutkan orang.

"Dengan pengaruh besar yang mereka ada buktikan dengan membantu rakyat atau cuba buat kerja-kerja amal atau yang bermanfaat untuk semua.

"Kalau kau suruh DG Hisham letak jawatan, kau dah cukup pandai ke nak gantikan DG?!" bidas Michael lagi.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Lana mempertikaikan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan wabak Covid-19 yang tidak dipatuhi oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk Dr Noor Hisham.

Dia merujuk kepada perkongsian seorang netizen di media sosial membabitkan Dr Noor Hisham yang didakwa tidak memakai pelitup muka ketika berada di ruang awam di pejabatnya.

Selain itu, Lana turut berkongsi video amatur yang dirakam individu tidak dikenali membabitkan SOP petugas kesihatan yang tidak memakai peralatan pelindung diri (PPE) ketika menguruskan jenazah mangsa Covid-19.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain