suria

Caprice minta ‘standby’, foto imej seram cetus tanda tanya - “Bersedia untuk kebenaran Malaysia”

Perkongsian foto imej menyeramkan di Instagram Caprice mencetuskan tanda tanya.

NAMPAKNYA penyanyi rap Caprice terus-menerus mencetuskan tanda tanya tentang isu kebenaran yang diperkatakannya sejak dua minggu lalu.

Tapi kali ini tindakan Caprice atau Ariz Ramli, 33, dilihat sedikit agresif dan membimbangkan apabila dia berkongsi foto imej seram.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice kesunyian... sambut ‘birthday’ seorang diri - “Saya tidak pernah rasa loneliness seperti ini”

"Bersedia untuk kebenaran Malaysia. Persiapkan diri anda. Ia akan datang.

"Iblis berbohong, berpura-pura, dan memberikan janji-janji manis.

cap peluk thumb

Caprice dan Ebit turut dikatakan berdepan masalah ketika mereka mengadakan pertemuaan di Mesir.

"Tetapi Allah adalah perancang terbaik. Masanya sudah hampir," katanya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan mesej yang cuba disampaikan Caprice di sebalik foto dann kata-kata berkenaan.

Umum mengetahui Caprice terlibat dalam konflik antara personaliti dakwah Ebit Lew membabitkan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

Secara kebetulan peringatan Caprice itu muncul ketika netizen digemparkan dengan dua klip video aksi tidak sopan membabitkan seorang lelaki mirip dermawan itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain