suria

Lana Nodin ‘cari penyakit’ tuduh Dr Noor Hisham berlakon buat muka sedih... dikecam netizen sampai suruh balik negara suami

Lana Nodin turut menuduh Dr Noor Hisham tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai penjawat awam.

TINDAKAN lantang Lana Nodin meminta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meletak jawatan memakan diri selepas dia akhirnya dikecam netizen yang tidak bersetuju dengan pendapat pelakon itu.

Rata-rata netizen kurang senang dan menganggap pelakon berkenaan terlalu biadab dan menjejaskan imej petugas barisan hadapan yang sedang bertungkus lumus menyelamatkan pesakit Covid-19.

Malah ada yang beranggapan Lana bukan individu yang layak berkata demikian berikutan tidak berada di tempat anggota kesihatan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun berehat... Lana Nodin buat ‘comeback', syukur suami izinkan - “Sejujurnya saya tak puas lagi!”

“Saya hormat orang tak ambil vaksin sebab semua orang ada pendapat. Tapi sis try hard sangat nak cari salah kerajaan dan frontliner. Bercakap macam kalahkan doktor buat research bertahun-tahun. Nanti kalau sakit jangan cari doktor sebab you kata mereka semua berlakon.

"Pi balik negara suami awak... menyemak je duduk sini. Frontliner punya bergadai nyawa, kau bercakap pakai kepala lutut. Hang turun la jadi doktor.

lana kongi
Antara perkongsian di Instastory miliknya.

"Terkejutnya tengok bahasa sis Lana. Dulu kita support you sangat... kesian sebab anak you sakit. Kesian frontliner, sis jgn buat macam kita semua tahu," antara komen netizen.

Terdahulu, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 41 memuat naik rantaian pendapat di Instastory yang antara lain menyifatkan tindakan Noor Hisham hanyalah lakonan semata-mata bagi memperdaya rakyat Malaysia.

Dia juga tidak berpuas hati dan menganggap penjawat awam itu berselindung di sebalik wajah yang pura-pura sedih dan penat.

Anyway... hanya kerana vaksin ni aku masih was-was dah kena cop sebagai anti vaksin.

LANA NODIN

PELAKON

"Hebat lakonan. Kalah drama Melayu dekat slot Samarinda. Hebat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tahniah DG. Kau ni sepatutnya step down dah.

“Tak habis-habis buat muka kesian dan menangis penat. Entah-entah semua itu berlakon sahaja," tulisnya di Instastory.

Tambah Lana lagi, dia berasa simpati dengan nasib rakyat Malaysia yang menganggap Noor Hisham sebagai individu yang prihatin terhadap rakyat, namun mendakwa apa yang berlaku adalah sebaliknya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Sedih rakyat Malaysia kononnya kata kamu sangatlah prihatin kepada rakyat. Sedangkan?,” katanya.

LANA SUAMI
Lana berkahwin dengan David Mckienzie yang merupakan warganegara Amerika Syarikat pada 15 Mei 2015.

Sementara itu, pada posting yang lain, pelakon Aku Yang Bergelar Isteri ini dilabel sebagai anti vaksin dan cuba untuk menghasut orang ramai dengan mempersoalkan keberkesanan pelali yang diberikan kepada rakyat Malaysia.

"Anyway... hanya kerana vaksin ni aku masih was-was dah kena cop sebagai anti vaksin.

"Pelik sungguh pemikiran orang sekarang nak beritahu fakta apa yang terjadi dengan rakyat yang dah ambil vaksin kata aku menghasut," katanya.

Bagaimanapun, usaha pihak mStar untuk menghubungi Lana bagi mendapatkan komen lanjut mengenai perkara ini masih belum menerima sebarang respons.

Lana berkahwin dengan David Mckienzie warganegara Amerika Syarikat (AS) pada 15 Mei 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn Mckienzie, 4 dan William Daud Mckienzie, 3. Pasangan ini kini menetap di Malaysia sejak setahun lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain