suria

Wajah jadi pelaris ubat kuat... Namron beri amaran peniaga tak beretika - “Ada yang gelakkan saya dan pandang negatif”

Namron tidak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang.

GARA-GARA wajah dan nama digunakan sebagai pelaris ubat kuat, pelakon Namron meluahkan rasa marah dan memberi amaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara itu.

Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, 52, berkata, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan jika tidak memadam gambar miliknya itu dengan segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Nam Rom tak percaya aktor jalin hubungan songsang, “Pelakon lelaki ni budaknya baik”

"Saya dapat iklan tu daripada pengguna facebook dia hantar kat saya tiga hari lepas. Saya buka dan share la kat facebook saya pasal isu tu.

"Saya minta minta mereka turunkan posting tersebut dan sehingga kini meraka tidak hubungi saya.

namron sharee
Perkongsian Namron di Facebook miliknya.

“Jika mereka berdegil tidak turunkan saya akan buat tindakan undang-undang,” katanya kepada mStar.

Tambah Namron, dia menegur perkara itu secara terbuka berikutan ia adalah satu kesalahan jenayah.

Katanya, perkara itu juga boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap dirinya sebagai selebriti.

Benda ni tak kelakar sebab sudah melanggar etika undang-undang.

NAMRON

PELAKON/PENGARAH

"Benda ni tak wajar la sepatutnya mereka kena tanya dulu untuk gunakan.

"Bila saya baca komen kat posting tu ada yang berpandangan negatif. Ada orang yang gelakkan sebab rasa benda tu kelakar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Benda ni tak kelakar sebab benda ni melanggar etika undang-undang dan mereka tak boleh guna gambar orang lain letak kat produk mereka,” ujarnya.

SNAMOSDMAS
Namron bersama isterinya June Lojong.

Dalam pada itu, Namron turut menasihatkan mana-mana peniaga supaya menjalankan perniagaan mereka dengan beretika dan tidak menggunakan wajah selebriti sewenang-wenangnya.

"Saya okay je kalau mereka approach dulu tanya minta izin bukan main terus ambil.

"Kita ada etika dan etika kena betul jangan main senang-senang je ambil gambar. Sebaik tanya dulu tak semestinya akan kena bayar,” ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain