suria

[VIDEO] Warga emas dimalukan depan orang, Yana Samsudin ‘panas hati’ tengok sikap influncer tak beradab - “Betullah, duit tak boleh beli adab!”

Selain Yana, ramai lagi selebriti lain yang turut mengecam tindakan biadab influencer tersebut.

MELIHAT kepada video pendek membabitkan seorang pengasas produk kecantikan meninggikan suara kepada seorang warga emas sudah cukup membuatkan orang ramai panas hati.

Pelakon Yana Samsudin antara yang bengang dengan kelakuan lelaki berkenaan kerana dilihat seolah-olah tidak tahu tentang adab ketika bercakap dengan orang yang lebih berusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktiviti lucah ‘streamer’ terbongkar! Yana Samsudin tak diam diri - “Dia siap kata nak ganggu secara fizikal”

"Saya tak kenal dia... macam biasa saya scroll Instagram nak tahu perkembangan hari ini dan nampak pula video tersebut.

"Saya memang marah sangat sebab bagi saya apa yang dia buat itu agak kasar dan biadab... tak sepatutnya seorang pakcik diperlakukan sebegitu rupa.

"Walau siapa pun kita, tak kiralah penceramah ke ahli perniagaan ke... kita kena tahu adab kalau nak bercakap dengan orang," katanya ketika dihubungi mStar.

Video yang dimuat naik Sherry Ibrahim di Instagramnya.

Yana turut menambah lelaki tersebut perlu tahu cara-cara untuk berinteraksi lebih-lebih lagi sekiranya dia adalah seorang yang dikenali ramai.

"Mungkin dia buat sesi motivasi, memang boleh nak bertanya kepada audience dia... tapi cara dia berinteraksi itu tak kena.

"Dia boleh rendahkan intonasi dia, bukannya tanya macam nak pergi berperang. Sebagai contoh, boleh je kalau dia cakap, 'minta maaf pakcik saya nak bertanya ni'. Itu lebih manis.

"Kasihan saya tengok pakcik itu diperlakukan macam itu. Saya harap benda ini jadi iktibar untuk semua orang agar sentiasa jaga adab," katanya.

Saya memang marah sangat sebab bagi saya apa yang dia buat itu agak kasar dan biadab.

YANA SAMSUDIN

PELAKON

Terdahulu, pelakon Sherry Ibrahim berkongsikan sebuah video menunjukkan lelaki yang dipercayai usahawan produk kecantikan bercakap dengan nada tinggi dan mempersoalkan tentang masa silam seorang lelaki warga emas semasa menjalankan satu sesi motivasi.

"Menyesal tak masa muda dulu tak buat betul-betul? Banyak main-main, tak buat betul-betul... malas, menyesal tak?" soal usahawan itu kepada warga emas berkenaan dalam nada tinggi di hadapan orang ramai.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 37, turut meninggalkan komennya menerusi entri tersebut kerana sedih melihat air muka warga emas yang seusia bapanya itu.

"Ayat tu boleh elok sikit... Ya Allah, pakcik tu dah macam ayah aku... sangat biadab!" tulisnya.

yana1

Yana sedih lihat warga emas diperlakukan seperti itu.

Selain Yana, beberapa selebriti tempatan turut mengecam tindakan biadab lelaki tersebut.

"Eh dia punya dabik dada... kenapa tak ambil emak ayah dia sendiri ganti tempat pakcik tu? Baru senang sikit, sudah hina orang" tulis Shakilla Khoriri.

"Sebab itu orang cakap adab ini tak ternilai, orang banyak duit belum tentu boleh beli adab," kata penyampai radio, Raden.

"Allah boleh tarik nikmat rezeki yang diberikan bila-bila masa je. Ini terjadi apabila dah rasa diri tu hebat sangat. Hilang respek, duit tak boleh beli adab" kata Uyaina Arshad.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain