suria

[VIDEO] Erma Fatima tak anggap Carl Samsudin biadab, dia guna cara ‘gegar’ bagi motivasi - “Ada kalanya cakap lembut tak jalan”

Erma tidak melihat influencer yang dikenali sebagai Carl seorang yang biadab.

KETIKA orang ramai tidak putus-putus melahirkan rasa marah terhadap seorang usahawan kerana disifatkan berkelakuan biadab terhadap seorang warga emas, pengarah Erma Fatima punya pandangan berbeza.

Berulang kali menonton video itu, Erma berkata, dia tidak melihat influencer dikenali sebagai Carl Samsudin itu bersikap biadab sebaliknya hanya ingin memberi motivasi kepada gelandangan terutama anak muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyebar fitnah dikenal pasti, peguam dakwa ada rancangan jatuhkan Carl Samsudin!

Pernah berdepan dengan gelandangan bermasalah, pelakon berusia 53 tahun ini beranggapan segelintir mereka sememangnya memerlukan teguran keras untuk mengubah nasib kehidupan mereka.

"Saya bukan setuju dengan tindakan dia tapi saya tak nampak dia biadab atau kurang ajar. Lain la kalau dia guna perkataan kesat atau kasar. Saya tengok video itu berulang kali sebelum nak beri komen.

"Bagi saya, itu cara dia nak beri motivasi kepada golongan gelandangan terutama anak muda. Dia hanya jadikan pakcik itu sebagai contoh untuk anak-anak muda yang memilih untuk menjadi gelandangan.

"Saya faham pakcik itu orang tua dan mungkin cara individu itu ada kasar sikit. Tapi saya melihat dia sebagai seorang yang sedang beri motivasi, dia cuma lantang dan tegas.

"Sebab ada kalanya, nak beri motivasi dekat orang gelandangan ini kalau cakap lembut... tak jalan. Saya pernah berdepan dengan orang gelandangan, jadi saya tahu perangai mereka macam mana," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, pemilik nama Fatimah Rahmad Ali itu menyuarakan pendapatnya mengenai video membabitkan influencer media sosial itu di Instagram.

Saya pernah berdepan dengan orang gelandangan, jadi saya tahu perangai mereka macam mana.

ERMA FATIMA

PELAKON & PENGARAH

"Aku dapat rasa apa yang dia rasa masa bagi talk ini. Aku juga faham apa yang pakcik tu rasa. Cuma ada waktunya orang kita ni kena gegar sikit untuk bangunkan daripada tidur. Mungkin cara dia ganas sikit," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, pelakon drama Mak Cun ini berharap semua pihak tidak hanya menonton video itu daripada satu sisi sahaja tanpa menilai perkara lain.

"Apa yang dilakukan individu itu hanya untuk beri motivasi agar anak-anak muda boleh mengubah nasib tanpa perlu memilih menjadi gelandangan.

"Kita tak boleh hanya melihat pakcik itu sahaja... kalau anda tengok video itu betul-betul, ada ramai anak-anak muda gelandangan di situ. Ramai anak muda sekarang memilih untuk jadi gelandangan.

"Sedangkan mereka boleh bekerja tapi pemalas. Mungkin orang melihat individu itu muda dan tiada adab bercakap dengan orang tua seperti itu. Tapi itulah cara orang beri motivasi.

Erma 2

Netizen kecam tindakan influencer yang dikenali sebagai Carl Samsudin.

"Netizen hanya nampak individu itu kurang ajar tapi kita tak berada di situ dan tak tahu perangai sebenar segelintir gelandangan macam mana... ada yang pengotor dan pemalas," ujarnya.

Sejak Rabu, tular video seorang usahawan yang juga influencer media sosia meninggikan suara kepada seorang warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Rata-rata netizen dan juga selebriti tempatan antaranya Yana Samsudin, Datuk Aaron Aziz serta Sherry Ibrahim meluahkan rasa kesal dengan tindakan influencer tersebut.

Ketika ramai yang 'panas hati' dengan usahawan tersebut, peguam yang mewakilinya, Emma Sakira, tampil menjawab isu yang melingkari anak guamnya itu.

Menjelaskan lebih lanjut, Emma berkata anak guamnya memenuhi jemputan untuk menyampaikan ceramah motivasi bertajuk 'Ubah Hidup' kepada 20 orang gelandangan di pusat transit tersebut pada Selasa lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain