suria

[VIDEO] Baby Shima lega Mufti Perlis tak kecam, beri nasihat isu solat tapi tak tutup aurat - “Saya bukan anti ditegur, tapi tegur tu biar bertempat”

Baby Shima bersyukur apabila Dr Mohd Asri Zainul Abidin sudi memberi pandangan dengan cara yang lebih positif.

KESAL apabila amal ibadatnya menjadi bahan ejekan segelintir pihak, penyanyi Baby Shima segera mendapatkan pandangan ahli agama tentang tanggungjawab untuk menunaikan solat walaupun tidak menutup aurat dalam kehidupan seharian.

Menurut Shima atau Nor Ashima Ramli, 29, dia berasa lega apabila Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sudi memberi pandangan berhubung isu berkenaan dengan cara yang lebih positif.

"Saya bersyukur dan lega sebab dapat banyak ilmu daripada Dr Mohd Asri, saya dapat tahu apa yang saya tak tau.

ARTIKEL BERKAITAN: Baby Shima buat hal lagi! Ramas najis dalam mangkuk tandas demi Nasi Kangkang, tak sensitif - “Saya nak all out!”

"Tambahan pula dapat nasihat dan bimbingan daripada orang selayaknya. Apa yang membuatkan saya teruja dengan Dr Mohd Asri ni adalah dia tidak membezakan saya dengan orang lain.

"Walaupun saya tidak menutup aurat, tak banyak tahu tentang ilmu agama tetapi dia tak pernah memperkecilkan dan menggores hati saya dalam nasihatnya," katanya ketika dihubungi mStar.

shima new

Mesej soal jawab antara Shima dan Mohd Asri.

Sebelum ini Shima meluahkan rasa kecewa dengan komen seorang individu di TikTok yang mempersoalkan ibadah solatnya kerana tidak menutup aurat dengan sempurna.

Susulan itu Shima mendapatkan pandangan daripada Mohd Asri dan dia turut berkongsi paparan skrin mesej di aplikasi WhatsApp jawapan balas mufti berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Solat yang ikhlas tetap bernilai di sisi Allah. Solat perkara terbesar dalam amalan agama selepas syahadah. Kewujudan dosa lain pada diri seseorang tidak menafikan kepentingan dan kebaikan solat yang dia lakukan.

"Bahkan solat boleh menghapuskan dosa yang lain. Dosa antara kita dan Allah, hanya bertaubat kepadaNya. Dosa menzalimi manusia lain, itu yang sukar dihapuskan melainkan dimaafkan oleh mangsa," demikian penerangan Mohd Asri tentang kemusykilan berkenaan.

Sampai bila saya nak berdiam diri daripada dibuli di alam cyber ni? Kali ni shima nak lawan.

BABY SHIMA

PENYANYI

Dalam pada itu Shima berkata dia lebih selesa mendapatkan penerangan dan penjelasan berkaitan hal agama daripada individu yang mahir seperti Mohd Asri yang sudah dikenalinya secara rapat sejak setahun yang lalu.

"Cukup-cukuplah memberi toksik kepada yang lain. Walhal belajar agama pun entah daripada mana.

"Kita kena sebar mengikut fakta dan fatwa Seperti yang disampaikan Dr Mohd Asri. Jahat, buruk, aurat terdedah ke... netizen boleh cakap apa saja, tapi yang menentukan amal kita ialah Allah jua," katanya lagi.

TONTON VIDEO PENJELASAN BABY SHIMA!

Berhubung video teguran terbuka kepada mereka yang sering mengecamnya, Shima berkata dia bertindak demikian sebagai tanda menentang sikap suka menilai tanpa usul periksa.

"Sampai bila saya nak berdiam diri daripada dibuli di alam cyber ni? Kali ni shima nak lawan, nak tunjukkan kepada semua yang pandangan ustaz dan ustazah media sosial ni hanya pandai di sebalik keyboard," katanya.

Mengulas lanjut tentang sikap suka menilai dalam kalangan masyarakat, Shima berkata perkara itu seharusnya dielakkan kerana ia mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

"Saya bukan anti ditegur, tapi tegur tu biar bertempat dan beradab serta bukannya tegur secara umum untuk dapatkan perhatian orang lain.

"Saya yakin mereka pun tau apabila mereka komen, saya akan dihentam dan mereka pula akan mendapat like dan pujian.

"Mereka tidak tahu sebenarnya daripada situ mulanya hentaman, hinaan makian yang saya dah terima," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain