suria

[VIDEO] Tauke Jambu dakwa hanya bawa petai, rambutan dan hantar adik angkat… tiada peralatan seks - “Cukuplah setakat ni dunia hiburan” 

AKIBAT terpalit dengan kontroversi berkaitan kes kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan seks, pelawak Tauke (Jambu) akhirnya membuat keputusan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan.

Tauke atau Zamatul Amri Zakaria, 45, berkata dia berdepan pelbagai tohmahan sejak ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

"Akibat peristiwa ni saya terpaksa undur diri dalam industri hiburan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tauke (Jambu) mengaku ditahan polis

"Bukan kerana merajuk tapi sebab-sebab lain... saya rasa cukuplah setakat ini," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Pada 8 Ogos lalu Tauke mengaku dia adalah individu yang ditahan pihak berkuasa di sebuah hotel di Kuala Pilah pada 1 Ogos lalu bagi membantu siasatan.

taukeeee1

Tauke Jambu undur diri daripada dunia hiburan.

Bagaimanapun dia menafikan menjadi bapa ayam atau terbabit dalam aktiviti tidak bermoral seperti itu.

Sementara itu Tauke berkata dia kesal apabila netizen terus menghukumnya walaupun kes berkenaan masih dalam siasatan.

"Pandangan netizen seolah-olah Tauke Jambu ni buat perangai tak elok, jual perempuan... dagangkan orang.

"Dalam kejadian tu saya hanya menghantar kenalan iaitu adik angkat perempuan saya, isteri pun kenal.

Pandangan netizen seolah-olah Tauke Jambu ni buat perangai tak elok, jual perempuan... dagangkan orang

TAUKE JAMBU

PELAWAK

"Masa tu pihak polis tengah buat pemeriksaan fasal isu sindiket tu. Jadi memang wrong time and the wrong place saya lalu kawasan pemeriksaan tu, polis periksa la," jelas Tauke.

Tambah Tauke tidak mungkin dia tergamak melakukan perkara seperti itu terhadap adik angkatnya sendiri.

"Yang saya hantar tu adik angkat, kalau ikut logiknya takkan la adik angkat saya jadi mangsa.

tauke 3

Tauke minta netizen berhenti kaitkan namanya dengan kontroversi sindiket pemerdagangan orang.

"Dia datang rumah lepak-lepak... apa yang kata jadi mangsa?" katanya.

Sementara itu mengulas lanjut tentang laporan awal siasatan yang dipercayai ada kaitan dengan kes berkenaan hingga tular di media sosial, Tauke berkata dia tidak membawa peralatan seks seperti yang didakwa.

Sebaliknya kata Tauke dia hanya membawa rambutan dan petai yang dibeli dari kawasan berdekatan untuk dibawa pulang kepada isteri di Kuala Lumpur.

"Saya nak netizen faham perkara sebenar, dalam kereta hanya hanya ada rambutan gading dan juga petai bukan peralatan pelacuran.

"Rambutan dan petai tu dibeli untuk isteri," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain