suria

[VIDEO] “Saya bukan panas baran... tolong jangan provok!” - Lan Pet Pet sedih imej tercalar, malu dituduh jual barang terlarang

SUSULAN dakwaan dikatakan melakukan aktiviti menjual barang terlarang, pelawak terkenal Lan Pet Pet tampil menafikan terlibat dalam kegiatan tersebut.

Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad sebaliknya hanya mengakui menjual ubat untuk lelaki.

Ujar Lan, dia yang pada mulanya ingin mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan video berunsur fitnah itu menarik semula hasrat tersebut selepas berbincang dengan peguam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes gaduh Lan Pet Pet selesai, penghantar makanan tarik balik laporan polis... mengaku cetuskan provokasi

Malah pelawak berusia 52 tahun itu juga memberitahu dia sudah memaafkan individu dan sesiapa yang turut menyebarkan video tersebut serta mengecamnya di laman sosial.

“Saya tak jual barang terlarang seperti yang didakwa... apa yang ditularkan itu hanyalah jual beli ubat untuk lelaki. Saya tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar. Pada awalnya memang nak ambil tindakan.

WhatsApp Image 2021-08-13 at 4.19.06 PM

Lan tampil menjejaskan mengenai video yang tular memperlihatkan dia seakan-akan melakukan aktiviti menjual barangan terlarang.

“Tapi selepas berbincang dan mendapatkan nasihat peguam, saya tarik hasrat tersebut. Saya boleh teruskan saja tindakan itu sehingga menyebabkan individu tersebut perlu membayar jumlah yang besar.

“Tetapi saya ada belas kasihan dan enggan membiarkan reputasi saya tercalar. Lagipun saya sudah memaafkan individu dan semua yang menyebarkan video tersebut selain memfitnah saya,” katanya kepada mStar.

Lan yang juga ahli kumpulan lawak terkenal Senario itu ditemui di luar Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada Jumaat.

.

Saya tak jual barang terlarang seperti yang didakwa... apa yang ditularkan itu hanyalah jual beli ubat untuk lelaki.

LAN PET PET

PELAWAK

Pada 5 Ogos lalu, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang individu seperti sedang menjalankan urusan jual beli dalam keadaan mencurigakan.

Menerusi rakaman video tersebut, individu tersebut yang didakwa seorang pelawak daripada sebuah kumpulan terkenal itu juga dilihat mengamuk apabila menyedari perbuatannya itu sedang dirakam.

Dia dilihat keluar dari kenderaan yang dipandunya dan terus meluru ke arah perakam.

Menerusi ciapan dalam Twitter yang telah dipadam, rata-rata netizen mula berteka-teki dan memetik nama Lan Pet Pet sebagai pelawak yang dimaksudkan.

WhatsApp Image 2021-08-13 at 4.57.53 PM

Lan sudah memaafkan individu yang menyebarkan video serta memfitnahnya.

Dalam pada itu, Lan menyedari terdapat segelintir pihak yang menganggap video yang tular itu merupakan salah satu gimik untuk dia menjual produknya.

“Saya tahu ada segelintir pihak yang menganggap apa yang berlaku hanya gimik untuk saya menjual barang. Tapi, ini bukan gimik! Saya tak perlukan gimik atau sebagainya untuk menjual produk saya,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain