suria

“Bukan nak bergaduh... tapi bahasa dia buat kami nampak jahat” - Hafeez Mikail ‘sentap’ dengan kenyataan Naim Daniel libatkan ejen insurans

Hafeez menjelaskan dia dan semua ejen insurans tidak pernah mengambil kesempatan atas kematian seseorang.

GARA-GARA penggunaan bahasa yang dianggap kasar, pelakon Hafeez Mikail menegur penyanyi Naim Daniel agar lebih berhati-hati dalam memberi pandangan dalam sesuatu isu.

Lebih menimbulkan rasa kurang senang apabila tuduhan Naim kononnya ejen insurans mengambil kesempatan terhadap kematian Allahyarham Siti Sarah memberi gambaran mereka yang bekerja dalam bidang itu berniat jahat dan hilang nilai kemanusiaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Naim Daniel tak senang ejen insurans guna kisah Siti Sarah jadi modal buat ‘sales’... Hafeez Mikhail tak setuju! - “Kalau tak buat, kenapa terasa?”

Ujar Hafeez atau nama sebenarnya Muhd Hafiz Muhd Zaki, 29, Naim seharusnya lebih sensitif dengan bahasa yang digunakan agar tidak menggores hati orang lain.

Naim 1

Hafeez memuat naik video pengurus ejen insurans menjelaskan mengenai kenyataan Naim Daniel.

"Saya setuju dengan kenyataan Naim yang mengatakan jangan menggunakan kisah kematian Siti Sarah sebagai modal untuk bercerita tentang hibah atau insurans.

"Tapi saya tak setuju dengan penggunaan bahasa yang digunakan Naim di hujung kenyataan itu iaitu 'korang memang hilang manusia dalam diri'.

"Bahasa itu tidak sesuai dan ia menampakkan yang ejen insurans ini macam jahat. Saya kenal dan percaya Naim seorang yang bijak... sepatutnya dia boleh guna ayat yang lebih sesuai," katanya kepada mStar.

Saya tak setuju dengan penggunaan bahasa yang digunakan Naim di hujung kenyataan itu.

HAFEEZ MIKAIL

PELAKON

Sebelum ini, status Naim di Twitter memberi amaran kepada mana-mana ejen insurans agar tidak mengambil kesempatan terhadap kematian Allahyarham Siti Sarah mengundang rasa kurang senang Hafeez.

Menerusi status tersebut, Naim menyifatkan pihak yang menggunakan modal kematian Allahyarham untuk bercerita mengenai hibah atau insurans tidak mempunyai nilai kemanusiaan dalam diri.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Perkongsian pemilik nama Muhammad Naim Daniel Baharin itu membuatkan Hafeez yang kini bekerja dalam bidang insurans tampil berkongsi video seorang individu menjelaskan tindakan mereka berbuat demikian semata-mata untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

Dalam pada itu, pelakon filem Busker ini berkata penyanyi lagu Purnama itu sepatutnya mengkritik tindakan influencer dikenali sebagai Aisar Khaled yang memuat naik video melawat kubur arwah isteri kepada pelawak Shuib.

Naim

Hafeez hanya tidak setuju dengan penggunaan bahasa Naim di penghujung kenyataan tersebut.

"Daripada dia hentam ejen insurans yang saya tak nampak lagi ada kongsi atau guna kisah pemergian Siti Sarah, baik dia hentam influencer yang memang ambil kesempatan terhadap kisah arwah.

"Baik hentam benda yang dah jadi daripada benda yang tak ada pun lagi. Kalau betul ada ejen insurans ambil kesempatan atau menggunakan bahasa tidak sesuai melibatkan arwah Siti Sarah, saya pun akan hentam mereka.

"Suara seorang selebriti ini sangat kuat... jadi saya harap dia gunakan bahasa yang lebih sesuai. Saya muat naik video itu bukan nak bergaduh dengan dia tapi sekadar ingin beri penjelasan." ujarnya.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain