suria

Kes saman Siti Nordiana: Lan Solo dan rakan-rakan masih belum memfailkan kehadiran dan pernyataan pembelaan

Kes saman melibatkan Siti Nordiana terhadap lima sekawan ini akan disebut pada 23 Ogos depan.

TIADA kerjasama daripada pihak Lan Solo, Syura Badron serta tiga yang lain berhubung tuntutan saman fitnah yang dibuat penyanyi Siti Nordiana.

Peguam yang mewakili penyanyi itu, Abang Azlan Abang Ariffin berkata sehingga proses pengurusan kes yang dijalankan secara eReview pada Isnin, kelima-lima defendan terbabit masih tidak memfailkan kehadiran dan pernyataan pembelaan setelah writ saman dan pernyataan tuntutan diserahkan kepada mereka pada 2 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin besar! Siti Nordiana hantar writ saman tuntut 5 sekawan bayar RM2.5 juta dan mohon maaf di media

Sehubungan itu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memberi tempoh sehingga 17 Ogos ini untuk kelima-lima defendan termasuk isteri Lan iaitu Nur Sheila Hassim, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin serta jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi atau Aida G untuk berbuat demikian.

nana1

Lan Solo, Siti Nordiana dan Syura sama-sama mencipta nama dalam bidang seni sejak penghujung tahun 90-an.

"Kelima-lima defendan terbabit masih tidak diwakili oleh peguam serta tiada kehadiran dan pernyataan pembelaan yang difailkan oleh defendan-defendan setelah writ saman dan pernyataan tuntutan diserahkan kepada kesemua defendan.

"Sehubungan itu, tarikh akhir untuk kelima-lima defendan memfailkan kehadiran dan pernyataan pembelaan adalah pada 17 Ogos ini.

"Mahkamah selanjutnya menetapkan 23 Ogos ini tarikh pengurusan kes (eReview) yang baru dan untuk memaklumkan defendan-defendan mengenai tarikh baru pengurusan kes tersebut," katanya ketika dihubungi mStar.

Kelima-lima defendan terbabit masih tidak diwakili oleh peguam serta tiada kehadiran dan pernyataan pembelaan yang difailkan oleh defendan-defendan setelah writ saman dan pernyataan tuntutan diserahkan kepada kesemua defendan.

ABANG AZLAN ABANG ARIFFIN

PEGUAM SITI NORDIANA

Menerusi laporan mStar sebelum ini, pada 2 Ogos lalu Siti Nordiana menyerahkan tuntutan saman kepada lima sekawan tersebut yang mana dia menuntut mereka membuat permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 setiap seorang.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

nana3

Siti Nordiana mahu membersihkan imej dan namanya yang sudah tercalar.

Menerusi sesi tersebut, Lan dan isterinya, Sheila mengakui terkilan dengan Siti Nordiana serta pengurusnya, Anas kerana sering mengungkit perihal soal bayaran makanan.

Sementara itu, Syura pula mendakwa dia dimalukan oleh Siti Nordiana dan pengurusnya, Anas sehingga menyebabkan ada pihak produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain