suria

[VIDEO] Naim Daniel tak senang ejen insurans guna kisah Siti Sarah jadi modal buat ‘sales’… Hafeez Mikhail tak setuju! - “Kalau tak buat, kenapa terasa?”

Status Naim tidak ditujukan kepada Hafeez yang kini bekerja dalam bidang insuran.

AMARAN penyanyi Naim Daniel di Twitter kepada mana-mana ejen insurans agar tidak mengambil kesempatan terhadap pemergiaan Allahyarham Siti Sarah mengundang rasa kurang senang pelakon Hafeez Mikail.

Bagaimanapun Naim berkata, status itu sekadar peringatan kerana sebelum ini ada segelintir pihak menggunakan kisah permergian Allahyarham pelawak Abam Bocey sebagai modal untuk menarik orang membeli insurans.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau sempat akak nak AJL” - Naim Daniel simpan rakaman ‘full demo’ Siti Sarah, terpulang kepada Shuib nak ‘release’ atau tak

Namun, penyanyi lagu Purnama itu tidak menjangkakan Hafeez yang juga seorang ejen insurans terasa dengan status berkenaan.

"Status yang saya muat naik itu tidak ditujukan kepada mana-mana individu. Ia sekadar peringatan secara umum sahaja... malah, saya tulis 'kalau ada'.

"Kalau ingat lagi, selepas arwah Abam meninggal... ada saja segelintir ejen insuran yang ambil kesempatan menggunakan kisah arwah untuk tarik orang beli insurans.

"Tiba-tiba dia muat naik video membalas semula status saya di Instagram dengan mention nama saya. Kalau betul tak buat, kenapa nak terasa?" katanya kepada mStar.

Pada Isnin, Naim menganggap pihak yang menggunakan modal kematian Allahyarham untuk bercerita mengenai hibah atau insuran tidak mempunyai nilai kemanusian dalam diri.

"Kalau ada mana-mana ejen insuran yang guna modal kematian arwah kak Siti Sarah nak cerita pasal hibah dan sebagainya, korang memang hilang manusia dalam diri," tulisnya.

Perkongsian pemilik nama Muhammad Naim Daniel Baharin itu membuatkan Hafeez yang kini bekerja dalam bidang insuran tampil dengan video membidas semula status penyanyi itu pada Rabu.

Sementara itu, menerusi video dan komen balas daripada Hafeez, pihak mereka tidak pernah mengambil kesempatan namun sekadar mengambil peluang itu untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

Banyak lagi cara untuk tarik orang mengambil insurans.

NAIM DANIEL

PENYANYI

Sementara itu, penyanyi berusia 24 tahun ini menganggap penjelasan yang diberikan Hafeez itu tidak kuat untuk membidas kenyataannya.

"Apabila dia post video itu, maknanya dia membuka ruang untuk saya bercakap dan menyuarakan pendapat saya juga. Saya tahu kadang-kadang apa yang saya cakap mungkin ada yang tak betul.

Naim 2

Antara komen balas Naim dengan Hafeez.

"Jadi, saya harapkan dia memberikan point yang kuat untuk membidas saya. Tapi malangnya bagi saya, point yang diberikannya itu lemah. Ibu bapa saya juga pernah terlibat dalam bidang insurans.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

"Tapi mereka tak pernah guna kisah kematian orang lain untuk kejar sale. Ada beberapa ejen insuran juga mesej saya mengatakan mereka tak setuju dengan penjelasan video yang dimuat naik Hafeez itu.

"Banyak lagi cara untuk tarik orang mengambil insurans... bukan dengan menggunakan kisah kematian orang lain," ujarnya.

Untuk rekod, penyanyi Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain