KES pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) melibatkan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Ismail di sebuah kedai karpet akan disebut semula di mahkamah Majistret Seremban pada 21 Oktober depan. Peguam utama pasangan itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, Majistret Mahyun Yusof menetapkan tarikh tersebut selepas pengurusan kes pada Jumaat. "Saya menerima dokumen untuk kedua-dua kes seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah pagi ini.ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa nampak makin berisi, netizen kata ‘baby bump’ dah tak boleh sembunyi - “Ada isi dalam tu... comel Lofa pregnant” ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa disiasat lagi... kali ini kes tak pakai pelitup muka di sebalik purdah "Kami akan mengkaji kandungan dokumen-dokumen ini untuk persiapan pembelaan atau membuat representasi berdasarkan dokumen yang kita ada," katanya kepada mStar. Terdahulu Neelofa, 32 dan Haris atau PU Riz,26 didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada 20 Mei lalu. Neelofa dan PU Riz tampil di mahkamah Majistret. Pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal melakukan imbasan MySejahtera atau mendaftar maklumat secara manual sebelum memasuki sebuah kedai karpet yang terletak di Kawasan Perindustrian Nilai 3 pada pukul 4 petang 2 Mei semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang dikuatkuasakan. Muhammad Haris juga mengaku diadili atas tuduhan lain kerana tidak memakai topeng muka di tempat awam di tempat dan waktu yang sama. Mereka didakwa berdasarkan Peraturan 19 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (perintah pergerakan bersyarat) 2021, yang memperuntukkan denda tidak lebih dari RM50,000, hukuman penjara tidak lebih dari enam bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Kita yakin kes ini bagus. Tapi kadang-kadang kita nak buat representasi supaya tidak buang masa TAN SRI MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH PEGUAM BELA Shafee menyatakan keyakinan anak guamnya mempunyai kes yang baik. "Kita yakin kes ini bagus. Tapi kadang-kadang kita nak buat representasi supaya tidak buang masa. "Benda ni kecil, tapi daripada semut dah jadi gajah," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!