USAHA Siti Nordiana mengheret lima individu ke mahkamah bagi kes saman fitnah di Instagram kini memasuki episod ditunggu-tunggu apabila dia bakal memberi keterangan dari kandang saksi dalam perbicaraan yang akan bermula pertengahan bulan ini. Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan agar perbicaraan penuh bagi kes yang difailkan hujung Julai lalu diadakan pada 15 Oktober dan 20 Oktober ini. Peguambela Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili defendan keempat dan kelima iaitu Sam Musyadzafar Samin (Sam Samin) dan Razidah Ahmad Senusi atau Aida G. menyatakan akan mengemukakan tujuh orang saksi termasuk kedua-dua anak guamnya sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Tak takut dengan Siti Nordiana, peguam dua defendan siap sedia lawan di mahkamah - “Mereka berada di sisi kebenaran” ARTIKEL BERKAITAN: Makin besar! Siti Nordiana hantar writ saman tuntut 5 sekawan bayar RM2.5 juta dan mohon maaf di media “Antara saksi yang akan dipanggil semasa perbicaraan ialah Zoey Rahman, pelakon yang pernah dikaitkan dengan Siti Nordiana,” kata Nurul Hafidzah. Lan bersama isteri, Nur Sheila dan Syura Badron akan turut memberi keterangan semasa perbicaraan itu nanti. Menerusi laporan mStar sebelum ini, Nurul Hafidzah dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors menyatakan Siti Nordiana selaku plaintif tidak mempunyai asas kes bagi saman fitnah tersebut kerana menyifatkan anak-anak guamnya tidak pernah mengeluarkan sebarang pernyataan fitnah. Dia juga berpendapat kes saman fitnah yang difailkan Siti Nordiana tidak memenuhi kesemua elemen bagi individu yang ingin mendakwa pihak-pihak yang dikatakan memfitnah. Antara saksi yang akan dipanggil semasa perbicaraan ialah Zoey Rahman, pelakon yang pernah dikaitkan dengan Siti Nordiana. NURUL HAFIDZAH HASSAN PEGUAM “Pada setakat ini dokumen, fakta-fakta yang dipersetujui dan fakta-fakta untuk dibicara telah pun difailkan. Kami belum menerima senarai saksi daripada Siti Nordiana dan mungkin akan dibekalkan pada hujung minggu ini,” katanya. Selain dua defenden berkenaan, tiga lagi individu yang bakal hadir ke mahkamah ialah penyanyi Lan Solo, atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, isterinya Nur Sheila Hassim serta Syura Badron atau Zuraidah Badron. Terdahulu, menerusi saman fitnah yang difailkan Siti Nordiana menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai, penyanyi itu mendakwa kesemua defendan menerusi akaun Instagram masing-masing menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya. TONTON KENYATAAN SITI NORDIANA SEBELUM INI! Siti Nordiana mendakwa, kata-kata fitnah itu membawa maksud antaranya beliau bukan seorang artis yang bersih dan dihormati orang, seorang yang ego, tidak ingin mendengar nasihat dalam segala perkara, tidak menghormati orang lain dan menggunakan wang serta populariti untuk memastikan dia dihormati. Sehubungan itu, Siti Nordiana menuntut kesemua defendan secara berasingan menyiarkan permohonan maaf yang jelas dan tidak bersyarat dalam akhbar, Instagram serta Facebook secara berterusan selama dua bulan atau mana-mana tempoh yang dianggap adil dan wajar oleh mahkamah. Beliau turut menuntut ganti rugi am sebanyak RM500,000 daripada setiap defendan, ganti rugi khas, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!