suria

Erra Fazira didakwa isteri kedua ahli politik, peminat ucap tahniah - “Pandai pilih tarikh nikah betul-betul tragedi Oktober”

Erra Fazira masih belum memberi sebarang respons terhadap isu berkenaan.

TIADA angin tiada ada ribut, tiba-tiba nama Erra Fazira menjadi sebutan netizen apabila timbul gosip mendakwa aktres ini sudah menjadi isteri kepada seorang ahli politik dari Perak.

Kontroversi ini mula bertiup kencang apabila seorang pengguna Twitter memuat naik ciapan mendakwa pelakon berusia 47 tahun ini merupakan isteri kedua ahli politik itu.

"Dengar khabar, Erra Fazira dah jadi bini (isteri) kedua. Bini pertama tahu tak tu?"

"Sahih daripada jiran pengantin baru... melepas Awie," tulis pengguna Twitter @abam_kumis.

ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira bimbang masyarakat jelek gosip cinta tak kesampaian, nafi jadi isteri kedua Faizal Azumu - “Saya bukan muda lagi nak bentang kisah kahwin”

ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira ‘upload’ foto kayuh basikal, tak peduli gosip jadi isteri kedua ahli politik - “Apa tak habis-habis cerita fasal kahwin ni”

Dakwaan itu mengejutkan ramai netizen yang turut mempersoalkan kesahihan maklumat berkenaan.

Malah ada juga peminat yang menyangkal dan menganggap gosip berkenaan hanyalah rekaan dan fitnah semata-mata.

erra kahwin

Pengguna Twitter menulis mengenai gosip berkenaan.​​​​​​

"Instagram Faizal off comment dan komen di IG Erra dah kena delete.

"Pandai pilih tarikh nikah betul-betul tragedi Oktober" komen beberapa netizen di Twitter.

Meninjau akaun Instagram pelakon filem Soalnya Hati ini, rata-rata pengikut mula bertanyakan kesahihah gosip tersebut.

Betul ke ni? Kalau betul selamat pengantin baharu la ya.

NETIZEN

Tidak kurang juga ada yang mengucapkan tahniah dan berharap Erra bahagia melayari alam perkahwinan ketiganya itu jika berita itu sahih.

"Selamat pengantin baharu... ada sesiapa yang datang dari Twitter?

"Betul ke ni? Kalau betul selamat pengantin baharu la ya," tulis netizen.

erra 2

Erra Fazira masih belum memberikan sebarang kenyataan kepada media.

mStar sedang berusaha untuk mendapatkan penjelasan daripada kedua-dua pihak berhubung dakwaan terbaharu ini.

Namun buat masa ini Erra atau wakilnya belum memberi sebarang pengesahan atau penafian tentang berita berkenaan.

Ini bukanlah kali pertama selebriti digosipkan dengan ahli politik, sebelum ini penyanyi Datuk Nora Ariffin dan bekas isteri Fizo Omar iaitu Mawar Karim turut terpalit gosip sama.

Untuk rekod, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.

Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 namun bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain