KONTROVERSI perkahwinan Nynaa Harizal yang baru berusia hampir tiga bulan kini semakin kusut apabila pelakon itu memfailkan permohonan cerai kepada suaminya, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas. Permohonan itu sudah difailkan pada 10 November lalu di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru, Johor. Pada Khamis, Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25, bersama peguam Datuk Ikbal Salam hadir bagi sebutan kes. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Suami Nynaa Harizal fail tuntutan rayu isteri kembali taat, banyak berdoa pada Allah... Bapa mentua pula didakwa acu pistol Bagaimanapun prosiding hari ini berlangsung tanpa kehadiran suaminya. "Setelah berfikir dengan penuh mendalam akan segala fakta dan faktor yang melatari keadaan ini, saya melalui peguam Datuk Ikbal Salam memfailkan permohonan perceraian dengan talaq atau dengan perintah pada 10 November lalu. Nyna dan Fahmi berkahwin pada 28 Ogos lalu. "Suami tidak hadir (prosiding sebutan) dan hanya diwakili oleh peguamnya saja," ujarnya kepada mStar pada Khamis. Untuk makluman, permohonan perceraian dengan talak atau dengan perintah atau lazim dirujuk sebagai Perceraian Cara Baik dibawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003. Enggan mengulas lebih lanjut mengenai punca perpisahan itu, Nynaa bagaimanapun berharap suaminya terbuka hati untuk melepaskannya secara baik. Untuk mengatakan bahawa kedua ibu bapa saya telah 'menculik' saya atau memaksa saya adalah suatu telahan yang tidak tepat. NYNAA HARIZAL PELAKON "Doa saya agar suami akan dapat melepaskan saya dari ikatan perkahwinan ini dengan baik tanpa perlu saya meneruskan dengan proses perundangan yang lain. "Sementara proses mahkamah berjalan dan selagi mana ia tidak menjejaskan prosiding, saya membuka ruang untuk perbincangan dengan suami dan telah dinyatakan kepada suami melalui perbualan telefon pada Jumaat lalu," katanya. Sementara itu mengulas tentang laporan yang menyebut dia 'diculik' ibu bapa sendiri pada 2 November lalu, Nynaa berkata ia merupakan satu anggapan yang salah. Video Fahmi selepas proses tuntutan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Katanya dalam tempoh itu hingga sekarang dia berada dalam jagaan ibu bapa di Johor Bahru. "Selama ini saya memilih untuk tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap semua berita demi menjaga hati dan perasaan semua pihak yang terlibat dan tidak mahu tergesa-gesa membuat kenyataan yang akhirnya memburukkan lagi keadaan. "Sejak 2 November 2021, pada setiap masa saya berada dalam jagaan kedua ibu bapa dan ahli keluarga saya di rumah. "Untuk mengatakan bahawa kedua ibu bapa saya telah 'menculik' saya atau memaksa saya adalah suatu telahan yang tidak tepat," kata Nynaa lagi. Terdahulu pada 11 November, suaminya membuat tuntutan agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa Harizal didakwa keluar rumah tanpa kebenaran. Permohonan itu difailkan Mohamed Fahmi, 29, selaku plaintif di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!