BAGAI kisah legenda Puteri Gunung Ledang di zaman moden apabila suami kepada pelakon Nynaa Harizal, Mohamed Fahmi Ilyas mendedahkan isterinya itu meletakkan tujuh syarat untuk bertemu bagi membincangkan urusan perceraian mereka. Biarpun gembira mendengar suara isteri menerusi panggilan telefon, namun perasaan Fahmi, 29, berubah setelah mendengar semua syarat yang diletakkan oleh Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25. “Memang benar dia ada hubungi saya pada 12 November lalu sekitar pukul 6 petang seperti yang dikatakan dalam kenyataannya semalam (Khamis). Pada 30 saat pertama masa dia call, saya gembira dengar suara dia tapi selepas itu saya macam tak sedap hati. ARTIKEL BERKAITAN: Nynaa Harizal mahu cerai, berdoa suami terbuka hati lepaskan secara baik ARTIKEL BERKAITAN: Suami Nynaa Harizal fail tuntutan rayu isteri kembali taat, banyak berdoa pada Allah... Bapa mentua pula didakwa acu pistol “Dia beri tujuh syarat untuk berjumpa dengan saya bagi membincangkan masalah kami. Syarat pertama, nak jumpa di pejabat peguam di Johor Bahru, keduanya saya kena datang seorang diri. Manakala ketiga, saya tak boleh rakam perbualan. Nynaa (tengah) bersama peguam Datuk Ikbal Salam selepas prosiding tuntutan cerai pada Khamis. “Saya juga tak boleh bawa pemandu, tak boleh bawa bodyguard, tak boleh bawa keluarga dan media. Kata nak jumpa tapi kenapa banyak syarat?” soal Fahmi ketika ditemui mStar pada Jumaat. Pada 10 November lalu pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu memfailkan permohonan cerai kepada Fahmi di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru, Johor. Menerusi kenyataan kepada mStar, Nynaa yang kini berada bersama keluarganya di Johor Bahru berkata dia sentiasa berdoa agar Fahmi melepaskannya secara baik tanpa menjelaskan secara terperinci tentang punca masalah rumah tangga mereka. Saya memang nak berjumpa dengan ibu Nynaa tapi dia tak nak. MOHAMED FAHMI ILYAS SUAMI Dalam pada itu, Fahmi yang bekerja dalam sektor kewangan mengakui hubungan dia dengan ibu bapa mentuanya mula bergolak selepas berkahwin dengan Nynaa. Tidak dapat memastikan punca sebenar, Fahmi memberitahu berlaku beberapa isu antara mereka antaranya dipercayai melibatkan hal kewangan. “Sebelum berkahwin, hubungan saya dengan keluarga dia memang sangat baik dan kami rapat. Tapi selepas kami bertunang, keluarga dia terutama ibunya agak lain sikit daripada segi layanan. Sejujurnya memang ada isu antara saya dan ibunya. Pasangan ini baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu. “Ada beberapa isu dan salah satunya melibatkan kewangan. Tapi saya tak dapat mengesahkan isu itu menjadi punca sebab saya sendiri tak tahu apa sebenarnya masalah yang menyebabkan hubungan saya dengan keluarganya jadi begini. “Saya memang nak berjumpa dengan ibu Nynaa tapi dia tak nak. Nynaa pun beberapa kali cuba untuk baikkan hubungan saya dengan ibu dia,” ujarnya. Untuk rekod pada 11 November lalu, Fahmi membuat tuntutan nusyuz agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa Harizal didakwa keluar rumah tanpa kebenaran. Permohonan itu difailkan Fahmi selaku plaintif di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria. Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan sehingga kini belum dikurniakan cahaya mata. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!