suria

Nora Ariffin nafi tuduhan paksa suami cerai isteri pertama - “Astagfirulllahalazim… semua ini fitnah!”

Nora nafi dakwaan kononnya dia memaksa suami menceraikan isteri pertama.

NAMA penyanyi Datuk Nora Ariffin kembali menjadi sebutan netizen selepas timbul dakwaan mengatakan kononnya dia dan suami iaitu Dr Rushdi Ramli telah berkahwin sejak dua tahun lalu.

Selain merahsiakan tarikh sebenar perkahwinan, timbul juga cerita lain mendakwa Nora meminta suaminya itu menceraikan isteri pertamanya.

Tampil menjawab spekulasi yang timbul, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin dapat cincin sempena ‘birthday’ ke-48... peminat teruja nak tahu bila tarikh kahwin?

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya masih sendiri” - Nora Ariffin nafi dakwaan kahwin senyap-senyap dengan menteri

Kata Nora, 48, segala tohmahan yang dilemparkan itu merupakan satu fitnah yang tidak benar sama sekali.

"Astagfirulllahalazim... semua ini fitnah, tidak benar. Ini saja statement dari saya," katanya menerusi kiriman WhatsApp pada Ahad.

nora 3

Nora nafi dakwaan tidak berasas itu.

Menerusi laporan sebuah portal pada pagi Ahad, Nora didakwa menyembunyikan tarikh sebenar pernikahannya dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya itu yang difahamkan sudah hampir dua tahun.

Lebih mengejutkan, tular paparan mesej mengatakan Nora meminta suaminya menceraikan isteri pertama.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan status suaminya itu sama ada sudah mempunyai isteri atau duda sebelum berkahwin dengan Nora.

nora 2

Paparan skrin mesej yang diterima oleh sebuah portal hiburan.

Nora selamat mendirikan rumah tangga dengan kawan baik arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi dalam satu majlis tertutup baru-baru ini.

Perkahwinan itu sekaligus menutup gosip kononnya dia pernah bernikah dengan seorang menteri seperti yang bertebaran sebelum ini.

Nora mendirikan rumah tangga bersama komposer terkenal itu pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Johan meninggal dunia pada usia 52 tahun akibat serangan jantung pada 24 Mac 2017.

Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu baru berusia 20 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain