suria

[VIDEO] Danish Iskandar rancang ambil tindakan undang-undang dakwa diperdaya syarikat produksi lakonkan watak gay

SUSULAN kontroversi drama bertemakan hubungan songsang, pelakon remaja Danish Iskandar memberitahu dia bersetuju melakonkan babak mesra dengan seorang lagi lelaki selepas diyakinkan pihak produksi.

Menurut Danish, 17, dia membuat keputusan meneruskan penggambaran tanpa berfikir panjang kerana menganggap babak mesra berkenaan mungkin normal dalam sesebuah persahabatan.

Malah dia mendakwa beberapa babak yang tidak sepatutnya juga ditambah ketika di lokasi penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: “Babak dimanipulasi hingga nampak negatif” - Fadzil Zahari siasat individu bocorkan kandungan telefilem LGBT

ARTIKEL BERKAITAN: Berani bikin drama LGBT, Fadzil Zahari 'bongkar' aktiviti songsang pelajar IPT

IMG_4080

Mereka bersetuju untuk penggambaran kerana tiada sebarang unsur songsang di dalam skrip.

"Masa kami dapat skrip tiada sebarang unsur songsang jadi kami setuju untuk penggambaran dan selepas itu ada babak akrab. Daripada situ saya mula rasa suspicius.

"Saya teruskan sebab ia tidak keterlaluan dan mungkin normal dalam sesebuah persahabatan. Pada hari seterusnya pihak produksi mula menambah babak yang tiada dalam skrip.

"Mereka tambah itu dan ini dan yakinkan kami perkara itu hanyalah keakraban persahabatan. Kami husnuzon dan terus habiskan shooting," katanyanya kepada mStar.

Danish ditemui dalam sidang media khas bagi menjelaskan isu remaja bawah umur berlakon dalam siri bertemakan gay berjudul Stay Away From Me.

Saya rasa dipergunakan dan tidak diberitahu secara terperinci tentang perkara ini dan apa yang berlaku sangat menjejaskan nama saya dan keluarga.

DANISH ISKANDAR

PELAKON

Sementara itu Danish juga memberitahu dia dan pasangannya dalam siri berkenaan iaitu pelakon Rees Aiman juga berasa dipergunakan pihak produksi berkenaan sehingga menjejaskan maruah diri dan keluarganya.

Tambahnya, dia juga tidak diberitahu secara terperinci tentang siaran drama yang dilakonkan itu sehinggalah diberi poster untuk promosi yang secara jelas ditayangkan untuk aplikasi hubungan songsang.

"Saya rasa dipergunakan dan tidak diberitahu secara terperinci tentang perkara ini dan apa yang berlaku sangat menjejaskan nama saya dan keluarga.

"Saya juga takut dianggap oleh masyarakat seorang yang sebegitu dan sudah tentu memberi kesan kepada mental saya yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan," ujarnya.

Selain itu, Danish sudah membuat laporan polis pada pagi Jumaat di Balai Polis Dang Wangi.

Danish turut melantik Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak bagi tindakan undang-undang terhadap pihak produksi berkenaan berkaitan isu moraliti tujuan penggambaran tersebut.

Dalam pada itu peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid berkata pihaknya masih dalam pertimbangan sama

fbg

Pihak Peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid masih dalam pertimbangan sama ada mahu mengambil tindakan atau tidak.

"Saya dalam perbincangan dengan anak guam sama ada ingin mengambil tindakan atau tidak kerana ia bukan hanya membabitkan undang-undang.

"Anak guam saya tengah pertimbangkan tentang kariernya, saya tak tahu jika ambil tindakan sekarang ini akan mengganggu pertumbuhan kerjaya dia (atau tidak)... hanya dia dapat tentukan dan saya hanya ikut arahan," katanya.

Awal minggu lalu, kecoh mengenai siri pendek bertajuk Stay Away From Me yang memaparkan aksi mesra hubungan sejenis sehingga mencetuskan kritikan ramai.

Drama mempromosikan hubungan sejenis yang dilakonkan beberapa pelakon bawah umur itu menyentuh sensitiviti agama dan masyarakat.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain