suria

Aset milik Sajat dilelong esok, orang ramai boleh datang beli di Kota Damansara

Sajat gagal membayar pampasan RM200,000 kepada bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle miliknya.

SELEPAS dua minggu disita, aset milik usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat bakal dilelong pada pagi Selasa.

Lelongan itu dibuat bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar kepada Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32, daripada OWA Resources Sdn. Bhd selaku bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah arah harta dan rumah Sajat di Kota Damansara dilelong, gagal bayar pampasan RM200,000

ARTIKEL BERKAITAN: Sajat bakal muncul di program ‘The Ellen Show’ Januari depan... akan terus ‘terbang’ selepas pandai berbahasa Inggeris

Menurut peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli yang mewakili OWA Resources, lelongan awam tersebut akan dijalankan di rumah Sajat yang beralamat di No. 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

265195684_1024934095022356_9116933963494979667_n

Sajat kini berada di Australia.

"Pihak defendan tidak membuat pembayaran setelah writ penyitaan dan penjualan ditampal di premis Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman pada 14 Disember lalu.

"Maka mahkamah meluluskan permohonan plaintif agar semua barang yang disita supaya dilelong esok.

"Orang ramai yang ingin membeli senarai barang-barang yang akan dilelong bolehlah datang esok," kata Nurul Hafidzah dan Zeti daripada firma guaman NHA Advocates & Solicitors menerusi kenyataan kepada mStar pada Isnin.

Nurwati dan Muhammad Syakir yang bersyukur kerana nama mereka kini dibersihkan.

NURUL HAFIDZAH HASSAN

PEGUAM

Tambah peguam, proses lelongan itu merupakan cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang perlu dibayar oleh defendan.

"Nurwati dan Muhammad Syakir yang bersyukur kerana nama mereka kini dibersihkan dan diberi peluang menetapkan kebenaran tentang apa yang sebenarnya berlaku.

"Mereka lega kerana pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh Muhammad Sajjad kini diketahui semua dan ia hanyalah satu helah melalui kaedah memanipulasikan fakta.

"Kedua-dua plaintif juga berkata yang mereka tidak pernah memfitnah Muhammad Sajjad malah merekalah yang difitnah," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain