LELONGAN aset usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat yang dilakukan pada Selasa gagal selepas lelaki yang membuat bidaan tertinggi iaitu RM132,000 menghilangkan diri. Peguam Nurul Hafidzah Hassan memberitahu mStar, lelaki bernama Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol tidak munculkan diri selepas memberi alasan keluar untuk membuat bank draf sebaik sahaja sesi bidaan dilakukan tamat. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Suasana sekitar proses lelongan harta di banglo Sajat, 39 barang dibida pada harga RM132,000 ARTIKEL BERKAITAN: Aset milik Sajat dilelong esok, orang ramai boleh datang beli di Kota Damansara Oleh yang demikian, Nurul Hafidzah berkata, lelongan akan dilakukan sekali lagi pada minggu hadapan. TONTON VIDEO SEKITAR PROSES LELONGAN! "Pembida itu kata wang tunai dia di rumah, jadi kami kata bagi sahaja bank draf dahulu tapi sampai sekarang dia tak muncul. "Padahal bank draf kejap saja, kita syak pembida ini orang rapat kepada seorang lagi usahawan terkenal. "Jadi bidaan gagal dan sesi lelongan akan dibuka semula minggu depan," katanya kepada mStar. Antara barang Sajat yang dilelong. Dalam pada itu, Nurul Hafidzah berkata, lelaki berkenaan juga tidak menandatangani apa-apa kontrak yang sepatutnya. Dia juga menjangkakan lelaki itu dihantar oleh individu lain yang berniat menangguhkan lelongan. Pembida itu kata wang tunai dia di rumah, jadi kami kata bagi sahaja bank draf dahulu tapi sampai sekarang dia tak muncul. NURUL HAFIDZAH PEGUAM Terdahulu, pagi Selasa seorang lelaki bernama Mohd Syazwan berjaya membida kesemua 39 barang milik usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat di Kota Damansara. Proses lelongan ini dibuat bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar kepada Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32, daripada OWA Resources Sdn. Bhd selaku bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat. Harta Sajat dilelong pagi Selasa. Sementara itu menurut peguam Zeti Zulkifli yang ditemui mStar, bidaan dibuat sebanyak enam kali membabitkan lapan pembida sebelum ia berkurang kepada tiga. Proses bidaan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa. Pembida perlu menyediakan wang tunai RM5,000 sebelum dibenarkan masuk ke kawasan rumah banglo dua tingkat di No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara itu. Untuk rekod kesemua 39 barangan yang dilelong perlu dibida secara pukal bermula dengan harga RM75,000. Antara barangan yang dilelong adalah set pinggan mangkuk, set bilik tidur, piano, almari antik, sofa, jam berdiri, kipas angin, peti sejuk, televisyen, lukisan, pasu bunga pelbagai saiz dan chandelier. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI