suria

Polis Ampang Jaya cari Sajat, netizen suruh ‘stalk’ TikTok - “Semalam nampak dia tengah menari-nari”

Sajat dicari oleh polis bantu siasatan penipuan maklumat kad pengenalan.

CERITA penghijrahan usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat ke Australia bukan perkara baharu.

Namun ia kembali mencuri tumpuan pengguna media sosial apabila polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Ampang Jaya mengeluarkan hebahan awam bagi meminta orang ramai membantu mengesan kedudukan Sajat dalam kes penipuan menukar maklumat pada kad pengenalan.

Tindakan polis itu mendapat maklum balas positif daripada netizen apabila mereka menyalurkan maklumat di ruangan Facebook Polis Daerah Ampang Jaya bahawa Sajat kini sedang berada di Australia sejak Oktober tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelongan gagal! Pembida harta Sajat hilangkan diri selepas keluar ambil duit RM132,000

ARTIKEL BERKAITAN: Aset milik Sajat dilelong esok, orang ramai boleh datang beli di Kota Damansara

Justeru itu, mereka memberikan pelbagai cadangan kepada pihak berkuasa bagi membawa pulang penyanyi lagu Bobo Di Mana ini.

"Tuan boleh ikuti perkembangan beliau (Sajat) menerusi Instagram dan TikTok. Info mengatakan dia kini berada di luar negara.

sajat 5

Polis cari Sajat bantu siasatan penipuan IC.

"Masukkan nama Sajat dalam Red Notice Interpol, bawa dia balik dari luar negara... selesai masalah.

"Semalam nampak di Instagram dia tengah menari-nari. Dia dah lari ke luar negara," antara komen yang ditinggalkan netizen di hantaran tersebut.

Pihak kami akan mengambil tindakan sewajarnya

PENGENDALI AKAUN FACEBOOK

POLIS DAERAH AMPANG JAYA

Mengambil maklum komen ditulis pengikut itu, pengendali Facebook berkenaan berkata pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Sajat bagi memastikan kes ini dapat diselesaikan.

Sebelum itu, usahawan berusia 35 tahun itu dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes penipuan menukar maklumat pada kad pengenalan.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menerusi kenyataan media memaklumkan Sajat yang juga saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Februari ini.

sajat 2

Antara komen ditinggalkan netizen di Facebook.

"Bahagian Siasatan Jenayah Komersial masih dalam usaha mengesan saksi bagi perbicaraan di Mahkamah Ampang.

"Saksi iaitu Muhammad Sajjad beralamat terakhir di Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jaya, Selangor," katanya.

Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pada Oktober tahun lalu, media tempatan melaporkan Sajat mengesahkan dirinya kini sudah berhijrah ke Australia dengan bantuan kerajaan negara itu ketika bersiaran langsung di media sosial miliknya.

sajat 6

Sajat kini diketahui berada di Australia.

Sajat sebelum itu ditahan imigresen Thailand pada pukul 6 petang, 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah.

Dia kemudian dibawa dan ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen di negara itu.

Sajat didakwa di mahkamah Thailand pada 9 September, namun dibebaskan keesokannya dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat oleh seorang warga tempatan, selain diarah melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari.

Ketika berada di Thailand, dia menjadi pemegang kad pelarian Suruhanjaya Pelarian Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) dan mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain