TINDAKAN Mia Sara menjawab soalan netizen dengan menyentuh kehidupan Puteri Balqis mengundang salah faham rakan pelakon seusianya itu. Salah faham tercetus apabila Mia memberi pendapat di TikTok serta meminta netizen tidak menyalahkan Puteri Balqis kerana tidak semua orang dibesarkan dengan keluarga yang beragama.ARTIKEL BERKAITAN: Mia Sara bingung ayat selalu diputar belit, netizen suruh cakap Melayu sajaARTIKEL BERKAITAN: Pakai tudung hitam dan eyeliner ‘auto’ jadi macam Mia Sara? Netizen kecam sampai trending di Twitter “Dia (Puteri Balqis) tidak dididik dengan gaya hidup Islamik sejak kecil, nak tegur silakan tapi usah letakkan kesalahan di bahunya,” demikian kata Mia Sara, 17. Bagaimanapun, pendapat Mia itu menerima teguran Balqis atau Puteri Balqis Azizi, 15, yang menganggap remaja itu bercakap buruk tentang dirinya sehingga dia menerima kecaman netizen di laman sosial. Dia tak dididik dari kecil? Saya dibesarkan tak bercakap buruk dan kutuk sesiapa walaupun perkara itu menyakitkan PUTERI BALQIS PELAKON “Saya baru tahu tentang ini, why this kid celebrity Mia Sara bercakap buruk tentang saya dan kehidupan saya di TikTok secara umum? Betapa malaikatnya awak? Saya dikutuk oleh ribuan orang kerana komen itu. “Ia sangat menyakitkan. Ini ibu saya yang awak cakapkan itu, satu-satunya wanita dan orang yang paling sayangi saya. “Dia tak dididik dari kecil? Saya dibesarkan tak bercakap buruk dan kutuk sesiapa walaupun perkara itu menyakitkan. “Saya dibesarkan tanpa membuat naik hanya foto wajah comel tanpa memberi faedah kepada peminat dan kawan-kawan. “Saya tidak dibesarkan tanpa memakai hijab dengan tiket bercakap buruk di sebalik media dan publisiti. Saya adalah diri saya,” tulisnya. Puteri Balqis buat teguran terbuka kepada Mia Sara. Sementara itu, Puteri Balqis turut meminta Mia Sara berhati-hati menggunakan ayat untuk bercakap tentang dirinya di media sosial. Katanya, memakai tudung tidak memberi kebenaran kepada pelakon itu untuk bercakap buruk tentang orang lain. “Dengan segala hormat dan hormatnya, sila betulkan tatabahasa awak sebelum mengatakan sesuatu yang buruk tentang saya. “Ibu saya seorang pakar yang jujur dalam mendidik saya bahasa Inggeris yang betul. Kami tidak menggunakan sebarang slanga Tiktok 'rempit' seperti yang awak lakukan. “Memakai tudung tidak memberi awak laluan percuma untuk mengutuk orang lain. Agama tidak memberi anda laluan percuma untuk menyeksa orang lain,” ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI