BARU saja menarik nafas lega setelah menang kes saman fitnah, balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali terpaksa kembali ke mahkamah sedikit masa lagi. Ia susulan adik iparnya yang juga pelawak Ali Puteh bercadang untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat yang berpihak kepadanya. Menurut Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, dia mendapati wujud beberapa fakta yang tidak betul sepanjang perbicaraan berlangsung sejak dua tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Menang saman, Nor Hidayah terus tunai hajat sedekah buah di surau ARTIKEL BERKAITAN: [KEMASKINI] Nor Hidayah balu Abam menang kes saman fitnah, Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 "Alhamdulillah selesai di Mahkamah Sesyen. Saya akur dengan keputusan, tapi saya akan buat rayuan di Mahkamah Tinggi. "Ada beberapa fakta yang tak betul namun saya tak boleh beritahu kerana ia akan ganggu proses di Mahkamah Tinggi nanti. Hidayah menang kes saman terhadap Ali Puteh. "Saya diberi masa selama 14 hari untuk buat rayuan," katanya kepada mStar pada Jumaat. Terdahulu, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan membuat keputusan yang berpihak kepada Nor Hidayah dan memerintahkan Ali Puteh membayar ganti rugi sebanyak RM60,000. Pada Mei 2020, Nor Hidayah, 31, memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab. Saya diberi masa selama 14 hari untuk buat rayuan ALI PUTEH PELAWAK Sementara itu ditanya tentang keyakinannya untuk mencabar keputusan berkenaan di peringkat yang lebih tinggi, Ali Puteh berkata dia sekadar mahu menggunakan saluran perundangan yang ada. "Saya ada ruang untuk merayu sebab ada beberapa fakta yang tak betul. Jadi saya akan kongsikan di Mahkamah Tinggi nanti. "Apa pun keputusan hari ini saya okey saja, saya akur. Saya tak marah atau nak mengamuk... saya hormati keputusan mahkamah," katanya. Ali diperintah oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada Hidayah. Ditanya sama ada dia sudah bersedia dengan kecaman netizen selepas kalah dalam kes saman fitnah ini, Ali Puteh berkata dia sudah menjangkakannya. "Saya dah bersedia... menang pun kita kena (kecam), kalah pun kita kena. Jadi saya tiada masalah dengan netizen. "Sebab kita tahu apa yang berlaku. Kalau saya share di media sosial, ia akan jadi masalah di Mahkmah Tinggi nanti," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!