GARA-GARA kisah rumah tangga menjadi bahan bualan secara terbuka di sebuah stesen radio, pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa kesal dan tersinggung. Kata bekas isteri kepada penyampai radio Suria FM, iaitu Fizi Ali ini, dia berasa kecewa apabila hal peribadinya dipersendakan pihak tertentu dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih berterusan. ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali dan Shakilla Khoriri bercerai, janji sepakat jaga anak ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri panjat tangga pasang bidai bilik tidur, netizen pertikai Fizi Ali tak tolong - “Dia banyak bantu saya uruskan anak” “Sebelum ini saya diam. Saya biarkan orang mempersendakan saya, campur tangan urusan peribadi saya. “Saya pekakkan telinga dan butakan mata kerana tidak mahu isu ini diperbesarkan. “Saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan dari percakapan tidak ditapis yang berunsur fitnah dan memalukan,” tegas Shakilla. Shakilla tidak mahu kisah rumah tangga dengan bekas suami dijadikan bahan bualan Dia berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Jumaat. Shakilla berkata demikian sebagai respons terhadap netizen yang menegur tindakan rakan penyampai kepada Fizi mengeluarkan ayat seolah menyalahkannya atas kegagalan perkahwinan mereka. Saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan dari percakapan tidak ditapis yang berunsur fitnah dan memalukan SHAKILLA KHORIRI PELAKON “Saya tidak pasti kenapa penyampai radio tersebut perlu mengeluarkan ayat sebegitu. “Kisah saya sudah berakhir dan saya secara peribadi tidak menyalahkan pasangan saya. “Jangan cuba buat saya sentuh perkara yang tidak sepatutnya dan membuka aib sesiapa,” katanya. Pada 15 Disember lalu, Fizi dan Shakilla mendedahkan sudah bercerai talak satu. Shakilla bersama anaknya Ameena Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan punca perpisahan tersebut. Malah selepas bercerai, mereka juga dilihat sangat bersefahaman dalam hal penjagaan anak mereka Ameena Sofia. “Saya sedang cuba perbaiki diri dan tidak perlu tahu atau dengar perkara negatif begini. “Saya harap ini yang terakhir,” ujarnya. Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 31, mendirikan rumah tangga dengan Hafizudin Alimudin, 33, pada 18 Februari 2018. Mereka mempunyai seorang anak perempuan iaitu Ameena Sofia, 3. Suria FM akan teliti rakaman Sementara itu Suria FM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai teguran dan pandangan segelintir pihak berhubung penyiaran audio sketsa melibatkan penyampai Suria FM yang dikatakan telah menyentuh hati pihak tertentu. Pengurus Besar, merangkap ketua stesen radio Suria FM iaitu Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin berkata, mereka akan meneliti semula kandungan audio tersebut agar masalah yang dibangkitkan dapat diselesaikan sebaik mungkin. “Pihak kami mengucapkan terima kasih atas teguran yang diberikan dan akan meneliti semula sketsa berkenaan sebelum tindakan susulan diambil,” kata DJ Lin. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!