suria

Dah macam filem lucah! Zul Ariffin ‘upload’ aksi panas... Netizen kata tak sesuai jadi drama Ramadan

Babak panas yang dimuat naik Zul Ariffin dianggap keterlaluan.

BUAT hal lagi! Babak panas yang dimuat naik pelakon Zul Arifin di laman sosial pada malam Jumaat menerima kecaman netizen.

Video memperlihatkan pelakon 35 tahun itu mendukung pelakon baharu Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin jual bengkung, peminat kecewa aksi dukung dan peluk wanita bertudung

Selain itu, babak menghairahkan menunjukkan pelakon wanita itu menyuap ‘whipped cream’ ke mulut Zul sebelum menghabiskannya seolah-olah filem lucah.

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan kecewa dengan aksi yang dipercayai drama baharu lakonannya berjudul Perempuan Itu.

Lebih menimbulkan kemarahan apabila drama arahan Erma Fatima itu difahamkan bakal ditayangkan pada Ramadan ini.

“Kita sibuk bersedia untuk Ramadan dan kamu mempromosi drama begitu?”

“Mereka cuba bawa 50 Shades of Gray dalam industri Malaysia. Perkara ini terlalu menjijikkan.

“Zul Ariffin saya ingat anda dah berhijrah? ErmaFatima anda merosakkan bulan Ramadan!” ujar beberapa netizen.

Video yang dikongsi kira-kira pukul 9 malam tadi kini sudah mencecah 800,000 tontonan dan lebih 12,000 komen di Instagram.

Malah, nama Zul Ariffin kini trending di Twitter gara-gara aksi tersebut.

Usaha mStar untuk mendapat penjelasan Zul mengenai perkara ini masih belum berjaya.

Bagaimanapun, Zul sudah memadam video berkenaan pada pagi Sabtu selepas dikecam hebat netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain