suria

Aaron Aziz kecewa OKU diejek! Menyesal bagi publisiti... Netizen syak teguran pedas untuk Kak Long!

Aaron Aziz kecewa dengan tindakan Kak Long 7E.

PERBUATAN Kak Long 7E mengejek golongan orang kelainan upaya (OKU) terus mengundang kemarahan ramai kerana menganggap wanita berkenaan tidak pernah belajar daripada kesalahannya sebelum ini.

Rata-rata kecewa apabila Kak Long atau Wan Nor Baizura, 34, terus melakukan kesilapan demi kesilapan yang hanya diakhiri dengan permohonan maaf.

Pelakon Datuk Aaron Aziz yang sebelum ini mempertahankan Wan Nor Baizura juga nampaknya kecewa apabila golongan OKU dipersendakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jalan tempang macam cacat selepas selesai rakaman TV, Kak Long bersumpah demi Allah tiada niat persenda OKU

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh dijemput masuk TV, ibu tampil ‘back up’ Kak Long... yakin anaknya dapat harumkan nama negara!

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun perkongsian Aoron di Instagram dilihat ada kaitan dengan situasi semasa.

"Allah bagi kau badan yang sempurna, kau mengejek orang OKU.

WhatsApp Image 2022-03-16 at 4.45.35 PM

Perkongsian Aaron Aziz di Instagram miliknya.

"Tak apa, kat akhirat OKU yang masuk syurga. Kat sana dia pula ejek-ejek kau balik," tulisnya pada Rabu.

Bagaimanapun pelakon kelahiran Singapura itu dilihat memadam posting berkenaan selepas ia mengundang komen netizen yang rata-rata mengecam Wan Nor Baizura.

Namun pada posting lain, Aaron menulis dia enggan terus memberi publisiti kepada mana-mana pihak.

Tak apa, kat akhirat OKU yang masuk syurga. Kat sana dia pula ejek-ejek kau balik

AARON AZIZ

PELAKON

"Tak jadilah nak bagi publisiti lagi," tulisnya ringkas.

Meninjau di ruangan komen, netizen bersetuju dengan Aaron agar tidak terus memberi publisiti mahupun bersimpati dengan wanita berkenaan kerana sikapnya yang tidak pernah belajar daripada kesilapan.

"Betul bang, orang macam ni jangan dilayan, jangan dipeduli biar malu sendiri. Dia nak perhatian, kalau tak dilayan tak menjadi.

"Makin menjadi-jadi dia tu. Lepas tu minta maaf siap sumpah dengan Nama Allah lagi.

SDA

Kak Long sebelum ini muncul dalam program sebuah stesen televisyen.

"Itulah... nak sokong lagi perempuan yang akhlak dia memang daripada awal tidak akan berubah. Tak perlu nak kesian kat perempuan macam Kak Long tu lagi," tulis beberapa netizen.

Pada Isnin, Wan Nor Baizura teruk dikecam selepas dijemput menghadiri rakaman sebuah program di stesen TV AlHijrah.

Belum reda isu itu, tular pula rakaman video yang memaparkan Kak Long sedang melakonkan gaya tempang dan herot.

Tindakan itu ternyata tidak disenangi netizen yang mana Kak Long dianggap menghina golongan cacat, malah dia didesak agar melakukan permohonan maaf segera.

Sebelum ini mStar melaporkan kenyataan Aaron agar tidak terus menyebarkan video Wan Nor Baizura dan anaknya demi menjaga maruah mereka sekeluarga.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain