KONFLIK antara Datuk Chef Wan dengan Shikin Maembong terus berpanjangan apabila cef selebriti berkenaan tampil menjawab tuduhan memfitnah bekas menantunya berhubung bayaran untuk majlis resepsi perkahwinan artis itu lapan tahun lalu. Menurut Chef Wan atau Redzuawan Ismail, 64, Shikin berbohong apabila mengaku secara terbuka bahawa majlis resepsi Shikin dengan anaknya, Nadzri atau Chef Riz dibiayai mereka sendiri. "Such a liar! Saya tanya anak lelaki saya semasa majlis resepsi di Ombak Asmara tu, jika tak salah majlis makan malam untuk 100 orang tetamu. ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara tegur bekas menantu, Chef Wan dapat surat saman RM1 juta ARTIKEL BERKAITAN: "Satu sen pun tak pakai duit Chef Wan masa kahwin" - Shikin Maembong "Segala urusan pelamin siapa yang bayar dan uruskan? Saya boleh bawa saksi-saksi ketika itu yang ikut sama bantu uruskan majlis yang saya bayar sendiri. "Saya juga pasti ada rekod buku cek tu. Saya tak fitnah orang yang cuba menuduh saya," katanya menerusi posting terbaru di Instagram pada Isnin. Chef Wan berterusan berkongsi luahan di Instagram. Konflik antara mereka tercetus selepas Chef Wan mendedahkan menerima surat tuntutan saman dihantar melalui peguam dilantik Shikin atau Siti Nur’ Ashikin Ismail baru-baru ini. Pada Ahad, menerusi video yang dimuat naik di Instagram kakak kepada pelakon Emma Maembong itu, dia mendakwa Chef Wan memfitnahnya apabila mengakui mengeluarkan wang sendiri untuk kos majlis resepsinya dengan Chef Riz. Shikin seorang ibu yang baik untuk Arianna dan saya selalu puji dia dan dia baik dengan saya! CHEF WAN CEF SELEBRITI Namun tegas Chef Wan, dia terkejut apabila wanita berkenaan lupa tentang sumbangannya sebelum ini. "Wow cepat sungguh kau lupa jasa-jasa aku kahwinkan kau orang atas hasil penat lelah aku bekerja. Lepas tu mengaku secara terbuka konon difitnah? "Hello ini Chef Wan la. Satu dunia tahu kemurahan hati dan kebaikan saya," katanya. Foto kenangan semasa perkahwinan Chef Riz dan Shikin Maembong pada tahun 2014. Sementara itu dalam satu lagi posting berasingan, Chef Wan bagaimanapun berkata sebelum ini hubungannya dengan bekas menantunya itu baik tanpa sebarang masalah. Kata Chef Wan dia tidak pernah berkira untuk membantu bekas menantu serta cucunya iaitu Arianna jika mereka berdepan masalah kewangan. "Semalam saja dah viral, saya ini selalu lurus bendul dan cuba nak membantu orang lain. Kami berdua (Shikin) ada hubungan yang baik, menghormati antara satu sama lain biar pun sampai dia dah bercerai. "Shikin seorang ibu yang baik untuk Arianna dan saya selalu puji dia dan dia baik dengan saya serta selalu cakap dia sayang saya walaupun dah jadi bekas bapa mertua. Shikin bersama anaknya, Arianna. "Ini secara jujur saya cerita, saya selalu beritahu dia... Shikin kalau ada masalah kewangan tolong beritahu papa okay, saya akan selalu membantu awak berdua. Itu kan cucu papa juga," katanya. Tambah Chef Wan dia juga tidak pernah berkira untuk mengeluarkan wang untuk kegunaan Shikin dan cucunya itu. "Nadzri tu gaji chef dulu kecil, bisnes pun kurang maju. Kadang-kadang papa pun beri dia duit untuk bantu dia supaya dia tak rasa sukar dalam perniagaannya. Datang dekat saya, pasti saya bantu. "Sejujurnya apabila jumpa Shikin dan Arianna saya selalu kasi RM500 ke RM1,000 ikut kemampuan saya setiap kali berjumpa. Dua kali Arianna masuk hospital swasta saya selesaikan bil perubatan dia beribu ringgit. Tak minta pun dari anak atau emaknya, saya bayar sahaja,” katanya. Untuk rekod Chef Riz, 40, mendirikan rumah tangga dengan Shikin pada 5 Disember 2014 dan bercerai pada Jun 2016. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna Natasya yang kini berusia tujuh tahun. Nadzri sebelum itu pernah berkahwin dengan pelakon, Ana Dahlia namun bercerai pada 10 Disember 2012, selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga. Pada Januari lalu, Chef Riz berkahwin kali ketiga dengan wanita pilihan hatinya bernama Nurul. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!