suria

Tiada aksi lucah, Chubb-E tak sentuh wanita separuh bogel dalam MV ‘Rambang’

Foto sedutan daripada video muzik (MV) lagu terbaharu Chubb-E berjudul Rambang.

TIADA adegan panas! Demikian tegas penyanyi Chubb-E susulan tular foto berunsur lucah daripada sedutan video muzik (MV) lagu terbaharunya berjudul Rambang.

Sedar namanya kini sebaris dengan kontroversi video panas Zul Ariffin, Chubb-E atau Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy, 24, berkata tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana MV berkenaan tidak mengandungi adegan melampau.

“Saya tahu orang akan bercakap perkara sama seperti yang terjadi kepada Zul Ariffin sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih Amir Masdi sebagai rakan duet, Chubb-E akui pada mulanya lagu 'Biru Malam' milik penyanyi lain - “Ada isu timbul, jadi saya terfikir untuk menyanyikan sendiri"

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa AC Mizal cakap tu betul, saya memang kurus” - Chubb-E syukur dapat perhatian selepas 7 tahun

“Dalam MV itu tiada adegan keterlaluan, malah saya juga tidak bersentuhan dengan model wanita itu.

chubb e 2

Chubb-E tidak mahu dikatakan sengaja cipta kontroversi.

"Paparan yang menunjukkan aksi menari wanita itu hanya beberapa saat sahaja," katanya ketika dihubungi mStar.

Terdahulu tular dua keping foto sedutan daripada MV Rambang menunjukkan seorang duduk di samping Chubb-E dengan hanya memakai jaket menutupi lengan dan bahagian belakang badannya.

Apa yang menimbulkan kemarahan ramai apabila bahagian depan termasuk payu dara model wanita itu dibiarkan terdedah namun imejnya sudah dikaburkan.

Dalam MV itu tiada adegan keterlaluan, malah saya juga tidak bersentuhan dengan model wanita itu.

CHUBB-E

PENYANYI

Selain Chubb-E, model cantik berwajah Pan Asia itu turut ditemani beberapa jejaka dipercayai penari dalam MV lagu tersebut.

Dalam pada itu Chubb-E berkata penularan foto berkenaan bukan sebahagian daripada gimik yang dirancang pihaknya sebelum pelancaran single terbaharunya itu.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana gambar tersebut tersebar. Tak sangka ia menjadi satu kontroversi sebelum lagu dilancarkan.

chubb e 3

Kolaborasi istimewa Chubb-E bersama kumpulan ZYC dalam Rambang.

“Saya bersama pihak pengurusan semestinya sudah merancang gimik tersendiri, namun kami akan buat selepas melancarkan lagu ini nanti.

“Tiada pun niat saya untuk sengaja cipta kontroversi sebegini demi meraih perhatian peminat,” katanya.

Tambah Chubb-E, dia berharap isu wanita seksi dalam MV berkenaan tidak perlu diperbesarkan hingga menjadi sesuatu diluar kawalan.

“Saya harapkan peminat dapat melihat secara keseluruhan konsep yang ingin saya sampaikan dalam lagu dan MV kali ini.

“Banyak lagi adegan panas yang ditayangkan dalam drama sebelum ini, jadi tidak perlulah hal ini diperbesarkan.

“Sama juga seperti seorang pelakon, saya mahu tonjolkan satu sisi lain dalam diri saya menerusi lagu ini,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain