suria

[VIDEO] Yasin pegang kertas putih, bersuara dalam kandang OKT... Risau jadi ‘crack’ dan gila

RESAH gara-gara permohonan ikat jamin ditolak, penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas dakwaan mengedar dadah cuba mengemukakan rayuan secara peribadi.

Ketika berada di kandang orang kena tuduh (OKT), Yasin, 47, secara tiba-tiba menyatakan kebimbangannya tentang masalah kesihatan yang dialaminya kepada Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Sambil memegang sekeping kertas putih, Yasin bersuara kepada mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Artis nasyid popular berdepan hukuman gantung, 17 pokok ganja ditanam dalam rumah

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Yasin Sulaiman kirim salam kepada Syed Saddiq, bakal didakwa tanam ganja dalam rumah

"Saya ada ubat yang diberikan, tapi khuatir bila-bila masa kesihatan terjejas.

"Saya risau crack dan gila seperti berlaku tiga kali sebelum ini," katanya pada Khamis.

WhatsApp Image 2022-03-31 at 4.19.24 PM (1)

Situasi itu berlaku selepas pihak pendakwaan dan pembelaan selesai mengemukakan hujah masing-masing.

Sejurus selepas Yasin bersuara, peguam belanya Yusmadi Yusoff sekali lagi mengulangi hujahnya sebelum itu tentang masalah kesihatan dan rawatan yang perlu diberikan kepada anak guamnya.

Sementara itu ketika ditemui di luar mahkamah, Yusmadi memaklumkan bahawa Yasin menghidap bipolar tahap kronik sehingga boleh menjejaskan kesihatan dirinya.

Saya risau crack dan gila seperti berlaku tiga kali sebelum ini.

YASIN SULAIMAN

PENYANYI

"Dia melalui proses perubatan sejak tahun 2009 termasuk pernah dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

"Namun dia tak bercerita dekat orang fasal tahap kesihatannya. Itu yang bagus fasal dia.

"Proses perubatan itu berterusan sampai sekarang termasuk di hospital lain. Hak rawatannya perlu dipastikan. Dia kena dapat rawatan segera," katanya kepada mStar.

da

17 pasu pokok ganja ditemui di kediaman Yasin.

Ujar Yusmadi, sejak Yasin ditahan reman dia tidak mendapat sebarang rawatan perubatan berhubung penyakit yang dihidapinya itu.

"Pengalaman dilaluinya kini (ditahan reman) tak sewajarnya.

"Sejak ditahan, dia tidak mendapat rawatan lagi. Hal ini juga sudah dimaklumkan polis. Pihak polis juga kata perkara itu (masih belum dirawat) perlu dihujahkan di mahkamah," ujarnya.

Terdahulu Yasin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas pertuduhan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu.

Selain itu tiada pengakuan direkodkan terhadap seorang bekas penyanyi kumpulan nasyid itu selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedarkan dadah jenis ganja seberat 214 gram pada 24 Mac lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain