suria

Menteri Hal Ehwal Agama tegur tarian MV ‘Kelepok Raya’... Nasihat padam video, mahu jumpa Aliff Syukri

Idris Ahmad sudah rujuk klip video berkenaan kepada Jakim.

SELEPAS menerima kecaman netizen, kontroversi video muzik (MV) lagu Kelepok Raya nyanyian usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri turut menarik perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad.

Menurut Idris, klip video lagu raya yang dimuat naik oleh jutawan sensasi itu telah dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk dibawa kepada pihak berkuasa.

"Saya mengambil maklum ada beberapa video yang tular berkenaan klip video raya dimuat naik oleh seorang ahli perniagaan yang tersohor di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri minta netizen ‘open minded’, tarian lelaki lembut dalam MV ‘Kelepok Raya’ itu seni... Sudah tapis babak panas

"Saya terpanggil untuk mengulas isu ini kerana pada ketika semua umat Islam pastinya berasa teruja untuk mengejar 10 malam terakhir Ramadan mencari sebanyaknya pahala yang Allah tawarkan kepada mereka yang beriman, seolah isu ini saya khuatir menenggelamkan keghairahan umat Islam dalam mengejar rahmat taqwa ini," katanya.

Idris mengulas mengenai kontroversi MV lagu berkenaan menerusi Facebook miliknya pada pagi Isnin.

Jika ada peluang, mungkin saya boleh bertemu mata bersama dengan empunya video ini, mungkin banyak perkara yang boleh dikongsi bersama

IDRIS AHMAD

MENTERI HAL EHWAL AGAMA

Dalam pada itu, Idris berkata tarian penari dalam MV berkenaan dilihat jauh bertentangan dengan adab ketimuran dan ajaran Islam.

Idris turut memberitahu dia terbuka untuk bertemu dengan pemilik video berkenaan sebagai tanda ingatan dan menjalinkan ukhuwah sesama Islam.

"Nasihat saya dengan penuh kasih sayang dan cintanya saya kepada insan-insan hebat yang mampu membangunkan ummah, agar klip video seumpama ini boleh dikeluarkan daripada disiarkan di mana-mana platform media, atau ia boleh di privasi hanya untuk tatapan peribadi pemilik video.

aliff u

Aliff kata tarian dalam MV itu satu seni.

"Saya yakin ia mampu memberi jiwa yang besar dan hati lebih lapang jika kita patuh pada ajaran dan nilai agama.

"Jika ada peluang, mungkin saya boleh bertemu mata bersama dengan empunya video ini, mungkin banyak perkara yang boleh dikongsi bersama. InsyaAllah," ujarnya.

Sebelum ini, netizen mengecam tindakan usahawan berkenaan yang memuat naik klip video raya memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan perwatakan lembut.

MV tersebut menerima kritikan ramai pihak termasuk pendakwah yang kurang senang dengan MV lagu berkenaan yang dilihat kurang sesuai untuk tontonan masyarakat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO JAWAPAN ALIFF SYUKRI INI!

Artikel Lain