suria

[VIDEO] Azri Iskandar minta wanita mengaku dilamar jangan perasan, hanya minta tolong ‘drive’ balik kampung ziarah kubur ibu

SUSULAN pengakuan seorang wanita dikenali sebagai ‘F’ mendakwa hatinya dipermainkan, pelakon Azri Iskandar tampil menepis tuduhan tersebut.

Kata duda berusia 54 tahun itu, dia tidak pernah bercinta dengan mana-mana perempuan selepas bercerai dengan Ellie Suriaty dan apa yang didakwa wanita itu tidak benar sama sekali.

"Itu fitnah. Saya tidak cintakan orang lain pun. Dulu dengan Ellie, dia tak nak saya, saya lepaskan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mengaku dilamar Azri Iskandar 2 hari selepas cerai Elly Suriaty, siap bawa jumpa keluarga... Tapi terkejut dapat berita nak kahwin orang lain

ARTIKEL BRKAITAN: Azri Iskandar kenal bakal isteri selepas 12 hari cerai dengan Ellie Suriaty... Rancang nikah dalam masa terdekat

"Then wanita pertama lepas bercerai adalah Azra la. Dia la saya punya kekasih dan saya ingin memperisterikan dia secara sah.

"Saya tak ada perempuan lain. Bila pula saya ada perempuan lain, lepas itu, kahwin pula dengan orang lain. Jahatnya Azri Iskandar," ujarnya kepada mStar ketika dihubungi.

Bila pula saya ada perempuan lain, lepas itu, kahwin pula dengan orang lain... Jahatnya Azri Iskandar

AZRI ISKANDAR

PELAKON

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai ‘F’ membuat pendedahan secara eksklusif kepada mStar bahawa dia berasa dipermainkan apabila aktor itu membuat keputusan berkahwin dengan wanita lain.

Wanita itu memberitahu dia sudah berjumpa dengan keluarga Azri sebelum mendapat tahu pelakon itu akan berkahwin dengan wanita bernama Azra.

Dalam pada itu, Azri menjelaskan dia membawa F pulang ke kampung bagi menemaninya menziarahi kubur ibu disebabkan lesen dan cukai jalan sudah tamat tempoh.

"Saya minta tolong dia hantar ke kubur mak saya atas sebab lesen memandu dan cukai jalan kereta dah mati. Bukan sebab nak kenalkan dia dengan keluarga.

"Tanya lah makcik-makcik saya sendiri, ada ke saya kenalkan F dengan mereka sebagai bakal isteri?" ujarnya.

4

Azri bakal mendirikan rumah tangga bersama Dr Azra Diera.

Sementara itu, Azri menegaskan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang ingin menjatuhkan maruah dan memalukannya.

"Buktikan... kang saya saman nanti.

"Kalau you tulis Ara itu perampas lagi, sehinggakan apabila saya pergi Perlis esok ayah dia tak buka gate kerana malu dengan saya... saya akan saman satu-satu," jelasnya lagi.

Pelakon Pontianak Harum Sundal Malam ini mengumumkan bakal berkahwin dengan Dr Azra Diera dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Azri dan Ellie Suriaty bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain