suria

Puteri Sarah terima DM tanya fasal cerai, dah malas layan drama ‘kaki sondol’

Puteri Sarah jawab dakwaan dia bakal diceraikan selepas balik umrah.

KEMELUT rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan pengarah Syamsul Yusof masih belum berkesudahan apabila muncul pula individu mendakwa aktres itu bakal diceraikan.

Bagaimanapun, Puteri Sarah yang dihubungi mStar menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan rumah tangganya masih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Simpan angan-angan anak belajar luar negara, Puteri Sarah siap ‘interview’ pelajar Turki... Bimbang jadi orang tak berguna, malukan keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah lega luah kemelut rumah tangga, 4 tahun pendam... Bakal tunai umrah mohon petunjuk cari jalan keluar

Malah kata pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia masih memegang status isteri yang sah.

Puteri Sarah

Puteri Sarah kongsi paparan skrin mesej daripada individu tidak dikenali.

"Status kami masih suami isteri. Sebenarnya, malas nak komen banyak tapi kalau ini rancangan pihak ketiga, semoga berjaya la.

"Memang dari dulu sakan dia bercerita itu ini. Tak tahu apa rancangan pihak sana bercerita perkara tak betul dekat orang ramai," katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah berkongsi paparan skrin perbualannya dengan seorang netizen yang bertanya sama ada dia dan suami akan bercerai.

Menerusi perkongsian itu, individu tersebut mendakwa dia mengetahui tentang perkara itu daripada kawannya yang mendapat maklumat menerusi anak pelakon Kazar iaitu Ira Kaza.

Nafkah anak-anak macam biasa memang tak pernah abai.

PUTERI SARAH

PELAKON

"Kawan saya kata sis balik dari umrah, husband sis nak ceraikan sis? Itu yang kawan saya kata. Mungkin Ira Kaza cerita semua kat kawan saya," kata individu itu.

Sebelum ini, Puteri Sarah pernah meluahkan rasa berang terhadap anak pelakon veteran Kazar iaitu Ira yang masih menganggu rumah tangganya sejak tahun 2019.

Ditanya mengenai nafkah, pelakon drama Melastik Ke Hatimu memberitahu suaminya, Syamsul masih melaksanakan tanggungjawabnya malah kerap berjumpa dengan anak-anak.

Puteri Sarah

Puteri Sarah bawa anak-anak tunai umrah pada April lalu.

"Nafkah anak-anak macam biasa memang tak pernah abai. Syamsul ada datang jumpa selalu. Okey saja tak ada masalah," ujarnya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah menyatakan dia sudah melantik peguam, Datuk Akberdin dari Tetuan Akberdin & Co untuk mengambil tindakan undang-undang berkaitan kes tersebut.

"Saya dah teruskan tindakan undang-undang. Sekarang semuanya ada pada peguam saya. Bila dah dapat tarikh mahkamah, saya akan beritahu," katanya lagi.

Untuk rekod, Syamsul mendirikan rumah tangga dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain