GARA-GARA pengakuan seorang wanita mendakwa dilamar Azri Iskandar, ibu kepada kekasih baharu aktor itu iaitu Dr Azra Diera dikatakan pengsan hingga dikejarkan ke hospital pada Jumaat. Perkara itu dikongsikan Azri, 54, sambil memaklumkan bahawa ibu Azra mengetahui tentang kewujudan wanita dikenali sebagai ‘F’ menerusi video eksklusif yang disiarkan mStar. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Azri Iskandar minta wanita mengaku dilamar jangan perasan, hanya minta tolong ‘drive’ balik kampung ziarah kubur ibu ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Anak bantah Azri Iskandar terburu-buru nak kahwin lagi, minta Dr Azra fikir semula niat nikahi bapa Tiada biasa dengan dunia artis, Azri memberitahu ibu Azra mengalami tekanan darah rendah dan rebah selepas menunaikan solat. Wanita F mendakwa Azri pernah melamarnya. "Ibu Azra sampai pengsan sebab terkejut selepas baca dan tonton video fasal perempuan itu. Kawan ibu dia yang hantar tanya ‘ini ke yang nak buat menantu?’. "Masa itu ibu dia baru lepas solat dan terus jatuh, nasib baik adik Azra ada. Ibu dia alami tekanan darah rendah. Keluarga dia dah la tak biasa dengan dunia artis ini," katanya. Sebelum ini, Azri mengumumkan bakal berkahwin dengan seorang wanita yang juga penulis skrip bernama Dr Azra dalam masa terdekat. Bagaimanapun pada Jumaat, seorang wanita bernama ‘F’ membuat pendedahan eksklusif kepada mStar bahawa dia pernah bercinta dengan Azri selepas aktor itu bercerai dengan pelakon Ellie Suriaty. Mereka kata sebabkan kontroversi yang timbul mengenai saya baru-baru ini. AZRI ISKANDAR PELAKON Wanita itu juga mendakwa pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu pernah berjanji untuk bernikah dan sudah berjumpa keluarga Azri di kampung. Berkongsi lanjut perkenalan dengan pelakon itu, F berkata, dia mengenali Azri sejak lima tahun lalu namun berhubung semula dua hari selepas Azri bergelar duda. Susulan pendedahan itu juga, Azri turut memberitahu dia digugurkan daripada membintangi persembahan Teater Tan Sri Elyas kerana didakwa membawa impak buruk pada imej figura berkenaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku penganjur. Azri menerusi kiriman mesej kepada mStar berkata, kontroversi yang berlaku menyebabkan digugurkan daripada pementasan teater Tan Sri Elyas oleh DBKL. Nama Azri digugurkan dari teater. “Pihak produksi menganggap kontroversi yang berlaku akan memberi imej buruk kepada Tan Sri Elyas dan DBKL,” ujarnya. Sebelumnya, Azri dan pelakon Ellie Suriaty sah bercerai talak satu pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13. Azri juga menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31; Farah Qistana, 29; dan Nur Anis Mastura, 27. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI