suria

Dituduh buat projek dalam ‘toilet’, siap tawar khidmat seks… Fiza Halim jawab fitnah, bimbang keadaan ibu sedang sakit

Artikel yang mendakwa Fiza melakukan maksiat dalam bilik air di sebuah hotel.

PELAKON Fiza Halim mengakui terkejut apabila ada peminat menghantar paparan skrin artikel yang mendakwa dia melakukan perbuatan terkutuk dalam bilik air di sebuah hotel, baru-baru ini.

Menganggap ia satu fitnah, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim memberitahu pada awalnya dia enggan mengulas mengenai perkara itu kerana bimbang keadaan ibu sedang sakit.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Fiza Halim tak mahu anak-anak ulang kesilapannya, belum masa untuk bercinta... Tiada kriteria calon menantu

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada niat ‘show off’ anak dara, Fiza Halim cuma kongsi rasa rindu 5 bulan tak jumpa - “Netizen DM takut ada yang dengki”

"Ikutkan saya malas nak layan sebab tak tahu nak kata apa. Saya tahu fasal fitnah itu pun sebab peminat yang hantar kepada saya.

Fiza Halim

Fiza terkejut dengan tuduhan tersebut.

"Kalau saya diam saja, orang anggap berita itu betul. Kalau jelaskan pun, mesti ada yang kata tipu. Saya pun tak tahu dah nak kata apa.

"Ibu saya dah la tengah sakit! Dia baru saja disahkan mengidap penyakit kanser usus... dah masuk stage 3, tiba-tiba datang pula masalah lain," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, sebuah akaun Instagram berkongsi artikel mendakwa Fiza membuat maksiat dengan seorang pelanggannya dalam bilik air di sebuah hotel terkemuka.

Agak-agaklah nak sebar fitnah sampai macam itu sekali.

FIZA HALIM

PELAKON

Menerusi perkongsian itu juga, terdapat paparan skrin beberapa status pengguna Twitter yang mendakwa pernah membayar Fiza untuk pengkhidmatan seks.

Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan Elite ini menegaskan dia tidak akan melakukan perbuatan terkutuk yang boleh memalukan diri sendiri dan keluarga.

Menurut pelakon berusia 40 tahun itu, dia tidak mahu menuduh mana-mana pihak kerana menyedari ramai orang yang iri hati melihat kebahagiaannya.

Fiza Halim

Fiza tegaskan dia tidak pernah lakukan perbuatan terkutuk.

"Boleh fikir sendiri, logik ke tak? Takkan la saya nak buat maksiat di tempat umum dan malukan diri sendiri dengan berkongsi di laman sosial.

"Agak-agaklah nak sebar fitnah sampai macam itu sekali... sangat melampau! Saya ada anak dan keluarga, takkan la saya nak buat benda terkutuk itu.

"Saya tak tahu siapa penyebar fitnah itu dan apa motif dia. Saya tak berani nak tuduh siapa sebab ramai orang dengki tengok kebahagiaan kita," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain